i-Great Iqra, Pelan Pendidikan Anak

Video : Mak dia sayang dia sebenarnya, ni nak didik anak supaya jadi lebih bertanggungjawab.

Jika kita semai anak dengan sifat tanggungjawab dari kecil lagi, tunjukkan bahawa kita telah laksanakan tanggungjawab kita sebagai ibubapa dengan menyediakan tabung PENDIDIKAN mereka.

Kebiasaannya, ibu bapa mahu anak mereka membesar dengan kejayaan yang lebih baik daripada apa yang mereka perolehi. Seorang penoreh tidak mahu anak mereka juga menjadi seorang penoreh. Seorang artis menanam impian anaknya menjadi seorang ustaz. Seorang guru, mahu anak mereka belajar diluar negara menjadi doktor. Malah ada juga perunding takaful yang tidak mahu anak mereka menjadi sekadar perunding takaful sahaja, mereka mahu anak menjadi pengurus agensi.

Kita mendambakan anak-anak menjalani kehidupan yang lebih baik dari apa yang kita pernah alami. Kita, ibubapa yang rata-rata dalam generasi X dan Y yang dahulunya belajar  dibiayai PTPTN pun tidak mahu anak kita ulangi nasib yang sama, dibebani hutang selangkah keluar sahaja daripada menara gading. Anak-anak kita dalam generasi Z ini memerlukan kaedah stail generasi Z juga.

Lumrahnya begitu. Maman percaya anda juga mempunyai impian yang lebih kurang serupa. Sedar ataupun tidak, masa berubah, zaman berlalu dan tanpa kita sedar banyak perkara yang tidak sama seperti dahulu. Keistimewaan biasasiswa kerajaan pula anda rasa persaingannya sudah semakin sengit dan sukar.  Demand atau kehendak pendidikan generasi Z ini pula adalah semakin sofistikated.

Namun begitu, walau apa pun perubahan zaman dengan segala cabarannya. Impian anda tidak akan pernah berubah, anda tetap mahu memberikan hadiah paling berharga untuk anak anda iaitu PENDIDIKAN.

Walaupun andai anda jatuh sakit kritikal.

Walaupun anda dirempuh lori semasa memandu ke tempat kerja.

Walaupun andai anda lumpuh.

Walaupun andai anda sudah tiada lagi di bumi Allah ini.

Anda tetap mahukan anak anda mempunyai akses kepada PENDIDIKAN yang bakal menjadi jambatan kepada cita-citanya.

Persoalannya, apakah yang telah anda laksanakan untuk memastikan tabung pendidikan si comel anda tidak terbantut walaupun musibah seperti yang disenaraikan di atas jatuh menimpa kita sebagai ibu/bapanya?

Apakah pilihan yang anda ada?

IQRA

Baru dilancarkan hari ini, secomel namanya, iGreat Iqra merupakan pelan pendidikan terbaru keluaran Great Eastern Takaful. Pelan ini mempunyai ciri unik yang hanya ditawarkan oleh Great Eastern Takaful sahaja dalam 1Malaysia ini. iGreat Iqra pada penilaian maman sengaja ditampilkan dengan beberapa ciri menarik yang tidak ada pada pelan-pelan sebelumnya.

Jika anda adalah ibu bapa yang selama ini tercari-cari pelan pendidikan yang mempunyai tempoh pendek dan nilai tunai yang tinggi, ini adalah pelan yang perlu anda perimbangkan.

Istimewanya Pelan ini adalah ;

1) Faedah Hilang Nyawa / Death Benefits

Jika anak yang dilindungi meninggal dunia, pemegang polisi akan mendapat nilai perlindungan yang telah dipersetujui.

2) Manfaat Hilang Upaya Kekal / Total Permenant Disablement

Jika anak yang dilindungi hilang upaya kekal, pemegang polisi akan mendapat nilai perlindungan seperti yang telah dipersetujui jumlahnya.

3) Anugerah Kecemerlangan / Excellent Achiever Rewards

Anak yang dilindungi jika berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam akan memperolehi hadiah daripada Great Eastern Takaful seperti jadual dibawah TANPA mengurangkan nilai tunai pelan takaful ini. Pelan Pendidikan BIASA akan mengurangkan nilai tunai untuk faedah hadiah kecemerlangan seperti ini.

Peperiksaan Keputusan Hadiah Tunai Maksimum
UPSR 3 A RM50 RM350
PMR 5 A RM50 RM450
SPM 5 A RM 50 RM500
STPM 3A RM100 RM500
STAM 8 Mumtaz RM50 RM500

 

4) Pilihan Perlindungan Tambahan

Kebanyakkan Pelan Pendidikan BIASA tiada perlindungan tambahan, tetapi tidak bagi pelan ini.

Pelan takaful ini akan menjadi PERCUMA sekiranya pemegang polisi meninggal atau menderita penyakit kritikal yang mana caruman yang menambahkan nilai tunai ini akan berlaku secara automatik.

Pelan takaful ini juga memberikan jumlah perlindungan jika anak ditimpa penyakit kritikal atau penyakit kritikal pada peringkat awal (ciri ini HANYA ada di Great Eastern sahaja. Kik untuk baca lebih lanjut)

5) Caj Tabarru’ yang rendah

Tidak seperti pelan pendidikan biasa yang diukur nilai risiko berdasarkan usia, pelan ini menjimatkan wang caruman anda kerana caj tabarru hanya RM1.41 setiap RM1,000 Basic Sum Assured TANPA mengira berapa pun umur anak semasa memohon perlindungan ini.

6) Pemilikan Pelan yang tidak terbatas

Tidak seperti pelan biasa yang mana anda sebagai ibubapa hanya layak memiliki pelan ini untuk anak anda sahaja, pelan ini memberi peluang yang lebih luas untuk anda menyediakan pelan pendidikan kepada anak-anak kecil yang anda rasa mempunyai keperluan. Anda kini boleh memiliki pelan pendidikan ini untuk anak buah anda, anak saudara, anak-anak yatim yang sudah kehilangan ibu atau bapa dan sebagainya.

7) Nilai Tunai Tinggi Untuk Tabung Pendidikan

Pelan ini mempunyai tempoh maksimum selama 25 tahun. Contoh sekiranya anda berusia 30 tahun mengambil pelan untuk anak anda yang berusia 1 tahun dengan tempoh pelan adalah 20 tahun, nilai Jumlah Perlindungan adalah RM50,000 dengan caruman bulanan hanya RM100. Projection CASH VALUE pada usia anak 20 tahun adalah RM37,787.

*ini hanyalah summary ringkas pelan

Jika anda yakin pendidikan boleh menjadikan pemangkin kepada kejayaan anak  sekaligus pendidikan ini insyaAllah dapat membentuk  anak yang soleh dan solehah yang mendoakan anda, kini pilihan sudah ada dihadapan mata.

Quote_Layer-1

Credit 2 : http://blog.mamansolleh.com/igreat-iqra-satu-satunya-pelan-takaful-pendidikan-anak-yang-seumpamanya-di-malaysia/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s