Fenomena Sejadah Berdiri

Dalam zaman yang muktahir ini, dimana Allah membayar cash atau tunai atas setiap perbuatan manusia dan terang-terangan bukti kebesaran Allah telah nyata dipersembahkan kepada hamba-Nya yang bernama manusia agar meletakkan akidah yang satu dan jitu hanya kepada-Nya dan mengembalikkan keinsafan dan keyakinan manusia yang semakin lama semakin luntur akibat kefanaan dunia. Malaysia telah digemparkan dengan kejadian demi kejadian dan yg terbaru belaku dengan jelas lagi bersuluh….Cuma setiap apa yang berlaku nak bersandar kepada apa? Itulah yang perlu diambilkira terlebih dahulu…Bagi yg beriman sudah tentu ini adalah kerja buat Allah walaupun jika ini kerja buat manusia..tetapi tidak menjadi kesalahan jika kita menyerah kembali segala yg berlaku kepada Allah dan bukan menyekutukan-Nya dengan yg lain. Persoalan mengapa dan kenapa serta bagaimana hendak dihuraikan dengan logik tak mampu. Kejadian seperti ini mungkin perbuatan manusia namun jika tiada bukti dan saksi hendaklah berlapang dada dan berbaik sangka. Kepada yang melihat jangan sampai datangkan fitnah balik kepada ajaran Islam kerana kepercayaan tertentu pula. Siapa yg melihat hendaklah menjadi muhasabah kepada dirinya bukan dihebahkan sehingga menimbukan fitnah.

Sejadah berdiri berlaku pula di Kedah, Pulau Pinang

ne_10.1

ORANG RAMAI melihat sejadah berdiri di surau Sekolah Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.

KUALA LUMPUR – Kejadian sejadah berdiri terus berlaku semalam dan kali ini di Kedah dan Pulau Pinang selain kejadian sama berulang di Kelantan.

Di Alor Setar, tiga helai sejadah dilihat dalam keadaan bersembahyang berjemaah di ruang solat lelaki Surau Al-Rahmaniah, Kampung Teluk Yan.

ne_10.2

TIGA sejadah berdiri di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Kejadian itu disedari seorang kanak-kanak, Nur Zulaikha Rashid, 9, pada pukul 3.15 petang.

Imam surau, Mat Rotim Mat Hussain, 70, memberitahu, selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh penduduk, dia terus ke surau dan terkejut melihat sejadah berdiri.

ne_10.3

TIGA helai sejadah berdiri di Surau Al-Rahmaniah ketika penduduk datang menunaikan solat Asar di Kampung Teluk Yan, Alor Setar semalam.

Katanya, dia meninggalkan surau selepas solat Zuhur pada pukul 2 petang dan tiada perkara pelik berlaku ketika itu.

Nur Zulaikha pula memberitahu, dia ternampak sejadah berdiri melalui tingkap surau ketika melintasi surau untuk pergi mengaji al-Quran di rumah seorang penduduk.

Di Bukit Mertajam pula, empat helai sejadah didakwa berada dalam keadaan sedang bersolat di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat.

ne_10.4

PENDUDUK melihat sejadah berdiri di dalam Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang semalam.

Ia kejadian kedua selepas kali pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Haji Mohamad Amin, Permatang Pauh bulan lalu.

Seorang saksi, Asni Ahmad, 49, memberitahu, kejadian itu disedari pada pukul 4.30 petang ketika dia bersama beberapa penduduk kampung masuk ke surau untuk menunaikan solat Asar.

ne_10.5

KERATAN Kosmo! semalam.

Jelasnya, ketika pintu surau dibuka, mereka terkejut melihat empat helai sejadah berdiri berhampiran mimbar menghadap kiblat.

Di Kota Bharu, kejadian kelmarin berlaku lagi di Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang dan tiga lagi tempat iaitu Maahad Ar-Rahmah Kenali di Kubang Kerian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 serta Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK) semalam.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi, penduduk Kampung Gual Pasung Hantu gempar apabila sembilan helai sejadah dilihat seperti orang sedang solat berjemaah dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Kejadian tersebut disedari oleh seorang kanak-kanak, Mohd. Iqbal Ismail, 5, yang sedang bermain berhampiran surau itu.

Advertisements

Antivirus di luar talian

Revolusi perisian sekuriti

Oleh ADHAM SHADAN dan AQMAR ALLADAD
rencana@kosmo.com.my

Selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun ia telah dilengkapi perisian-perisian antivirus?



DALAM masa yang terdekat ini, satu revolusi dijangka akan tercetus dalam industri perisian antivirus komputer. Anda bakal boleh mengoperasikannya tanpa perlu sambungan Internet dan tidak perlu mengemas kini perisian dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, kebanyakan pengeluar perisian antivirus komputer menyifatkan ia seperti tidak akan berlaku. Bagi mereka, adalah mustahil untuk sesuatu perisian antivirus itu bersifat stand alone atau beroperasi secara di luar talian Internet (offline) sepenuhnya.

Ia dianggap sukar untuk berlaku kerana produk antivirus konvensional mengesan atau mengimbas virus apabila ancaman itu berada di dalam memori capaian rawak (RAM) komputer. Kenyataan bahawa virus atau ancaman-ancaman seumpamanya turut disebar menerusi laman web Internet dan e-mel, maka sambungan ke Internet dilihat sebagai keperluan bagi mengesan kewujudannya.

Berdasarkan mekanisme biasa juga, produk antivirus konvensional mengesan virus-virus atau kolektifnya digelar ‘malware’, dengan menghubungkannya pada pangkalan data virus yang dibina syarikat pengeluar produk berkenaan. Ini juga perlu dilakukan dengan mengakses Internet.

Sebelum ini juga, perisian antivirus perlu dikemas kini selalu atau secara berkala kerana realitinya virus-virus terus terbentuk dari semasa ke semasa. Pakar-pakar teknologi menganggarkan sekurang-kurangnya terdapat 500 virus komputer baru yang dilepaskan ke Internet setiap bulan. Maka, jika anda tidak melakukan kemas kini, anda mungkin tidak boleh mendapatkan ‘ubat’ bagi melindungi komputer anda daripada serangan virus terbaru.

Tetapi, itupun bergantung kepada sejauh mana syarikat pengeluar produk antivirus anda ‘mengenali’ virus berkenaan. Jika mereka tidak mengenalinya, perlindungan komputer anda untuk diselamatkan daripada virus tersebut mungkin sifar.

Produk antivirus konvensional memerlukan capaian ke pangkalan data virus sedia ada kerana mereka menggunakan kaedah signature atau padanan untuk mengesan virus. Dalam erti kata lain, sekiranya virus tersebut baru atau tidak dikenali, maka ia mungkin tidak dapat membantu pengguna. Justeru, timbul persoalan selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun telah menggunakan perisian-perisian antivirus?

Memang ada kaedah lain yang digunakan untuk mengesan virus terbaru seperti heuristic, namun kaedah itu tidak semestinya berkesan.

Bagi sesetengah orang proses mengemas kini agak melecehkan dan mengambil masa. Lebih buruk, jika ia menyebabkan operasi komputer menjadi perlahan.


SEBAGAI perlindungan optimum, pengguna seharusnya melindungi komputer mereka dengan produk antivirus yang mampu menghapuskan virus yang sudah dikenali dan virus baru yang tidak dikenali. – Gambar hiasan


Namun begitu, sebuah syarikat Ikonasoftware AG sudah membuktikan bahawa perkara yang dianggap mustahil itu boleh direalisasikan. Syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland itu bakal melancarkan produknya yang dinamakan Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware) tidak lama lagi. Didakwa sebagai produk antivirus pertama stand alone di dunia, ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, trojan, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.


MOHAMAD RAZALI menerangkan mengenai produk antivirus tanpa menggunakan talian Internet, Ikona MAPS di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Di peringkat global, syarikat ini berpangkalan di Switzerland manakala ibu pejabat Asia Pasifiknya terletak di negara ini.

PRODUK antivirus Ikona MAPS dijangka akan meledak di pasaran kerana ciri kelainan yang ditawarkan.


“Pengeluar-pengeluar produk antivirus Amerika Syarikat (AS) mengatakan yang ia mustahil. Tapi, kami, anak Malaysia membuktikan yang mereka salah,” kata ketua pegawai operasinya, Mohamad Razali Salleh ketika ditemui Infiniti di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


“Kita akan melancarkannya bermula di Malaysia sebelum di negara-negara yang lain. Walaupun 12 buah negara Eropah telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan kita, tetapi kita tetap mahu memulakan pelancarannya di negara kita sendiri. Sebuah negara Eropah bahkan mahu kita membantu mereka bagi sekuriti komputer dalam bidang militari,” tambahnya sambil menjelaskan sistem sekuriti Ikona sesuai untuk segala peringkat daripada sekolah, rumah, pejabat, firma, bank, kerajaan sehingga ke bidang pertahanan.

Tidak menggunakan kaedah pengesanan ancaman virus dan seumpamanya menerusi pangkalan data virus, Mohamad Razali berkata, ia bermakna, Ikona mampu membunuh virus yang dikenali dan tidak dikenali.

“Kita tidak ada pangkalan data virus yang menyenaraikan virus yang kita sudah kenal. Ini kerana, kita tidak memerlukannya. Ikona boleh membunuh virus sama ada yang dikenali atau virus baru yang tidak dikenali,” katanya.

“Ikona adalah perisian pintar. Apa yang dilakukan Ikona hanyalah memfokuskan agar sistem komputer tidak ‘mesra malware’ dan melindungi data komputer daripada penceroboh. Ikona juga bukan membunuh virus apabila ia melepasi RAM sebaliknya sebelum ia memasuki RAM lagi,” katanya.

Menerima platform Microsoft XP SP1/2/3 dan Vista, ia juga mengawasi muat turun dan fungsi salinan. Ikona MAPS memudahkan kawalan sekuriti automatik sama ada pada dalaman dan luaran sistem serta memantau rangkaian sekuriti termasuk penggunaan peranti luaran seperti pemacu storan dan cakera padat.

Instalasi Ikona juga unik kerana menggunakan pemacu storan (thumbdrive) berbanding penggunaan cakera atau muat turun di Internet bagi produk antivirus konvensional. Ini kerana, kata Mohamad Razali, ia bagi mengelak sebarang bentuk penyalinan.

Semasa instalasi, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.

“Ikona juga boleh diadaptasikan menurut kehendak pihak pengurusan sesuatu pejabat yang tidak membenarkan penggunaan internet, komunikasi secara talian atau pengaliran keluar-masuk data dalam kalangan pekerjanya,” katanya.

Ikona MAPS bakal boleh didapati pada harga di antara RM150 hingga RM500.

“Ikona MAPS dijangka akan meledak di pasaran kerana belum ada pesaing yang menawarkan perisian yang berciri sepertinya,” kata Mohamad Razali sambil memberitahu pihaknya telah melakukan demonstrasi ujian produk di salah sebuah kementerian di negara ini, baru-baru ini.

Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai produk tersebut dan insan-insan di sebalik pembuatannya, Mohamad Razali berkata, ia hanya akan didedahkan apabila produk itu dijangka dilancarkan dalam pertengahan bulan ini.

Kepada pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Ikonasoftware bolehlah menghubungi talian 03-2164 0218.

Nyawa dua wanita diragut H1N1

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my


KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Johor Bahru melakukan pemeriksaan di Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor Bahru semalam.



KUALA LUMPUR – Penularan pandemik selesema babi (H1N1) di negara ini semakin membimbangkan apabila ia meragut dua lagi nyawa iaitu masing-masing satu di Hospital Miri dan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban semalam.

Dalam kes di Miri, ia membabitkan seorang ibu muda berusia 23 tahun yang baru melahirkan anak di Hospital Miri.

Mangsa menjadi kes kematian ketujuh telah disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 23 Julai dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi semalam disebabkan komplikasi pada paru-paru.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pada mulanya mangsa telah bersalin di hospital berkenaan pada 21 Julai dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sehari selepas itu.

“Selepas bersalin, mangsa didapati mengidap pneumonia yang teruk dan menunjukkan simptom demam serta batuk empat hari sebelum bersalin.

“Kematian mangsa direkodkan sebagai pneumonia akibat jangkitan H1N1,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, bayi mangsa selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan H1N1.

Mangsa kelapan pula membabitkan seorang wanita berusia 51 tahun yang berasal dari Kuala Selangor yang disahkan meninggal dunia di HTJ malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi berkata, wanita itu dimasukkan ke HTJ pada hari kejadian dan meninggal dunia kira-kira pukul 11.50 malam.

Keajaiban undang2 Allah jika dilaksanakan

Bapa Kartika reda dengan hukuman Mahkamah Syariah

Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my


KARTIKA SARI DEWI mengesat air mata pada sidang akhbar di Ipoh semalam yang turut dihadiri oleh anaknya dan bapanya, Shukarnor.

IPOH – Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

“Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan.

“Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga.

“Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini semalam.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib, 60, dan anak bongsunya yang berusia lima tahun.



Biarpun ada pihak mempertikaikan hukuman tersebut, Kartika pula pasrah dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.

“Tiada siapa paksa (meminum arak), saya rela dengan hukuman sebat yang dijatuhkan,” katanya.

Anak kelahiran Sungai Siput yang menetap selama 15 tahun di Singapura sejak berkahwin dengan rakyat republik itu didapati bersalah meminum arak kira-kira dua tahun lalu di sebuah pusat peranginan di Pahang.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

Shukarnor pula menyifatkan hukuman ke atas anaknya itu wajar dan tepat mengikut undang-undang Islam.

Beliau juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok.

Sumber ::   kosmo

Nasir tembak makhluk halus

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA

Lelaki Kuala Nerang ini mendakwa boleh mengesan kehadiran emas dan harta karun di dalam perut bumi.



MENGUBAT pesakit dengan menembak makhluk halus menggunakan senapang? Bunyinya memang pelik, tetapi itulah yang dilakukan oleh Nasir Che Ngah, 56, yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah.

Lelaki ini didakwa boleh merawat penyakit misteri dan ‘buatan orang’, malah mengesan harta karun yang tertanam jauh di perut bumi.

Rumah Nasir yang dibina di atas tanah pusaka ibunya terletak agak terpencil daripada kediaman penduduk kampung yang lain.

Persekitaran sebegini mungkin klise sebuah drama seram televisyen atau kisah hantu dalam novel.

Bagaimanapun, kata Nasir yang lebih mesra dipanggil Abang Ali, dia tidak mewarisi ‘sesuatu’ daripada nenek moyang. Sebaliknya, kepandaiannya mengubati orang sekarang diperoleh selepas puas menuntut ilmu.

Menurut Nasir, selepas berhenti kerja di sebuah jabatan kerajaan pada tahun 1981 untuk bekerja sendiri, terdetik di hatinya untuk kembali mengaji al-Quran dan menggantikan balik ibadat yang telah diabaikannya semasa zaman remaja. Umur Nasir ketika itu ialah 28 tahun.

“Sejak itu, saya banyak berpuasa dan menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan hadis di rumah,” ujarnya kepada Jurnal.

Nasir memberitahu, suatu hari pada tahun 1985 ketika mendalami ilmu Islam, dia terdengar satu suara yang pada mulanya sayup-sayup tetapi lama-kelamaan suara tersebut semakin dekat. Keadaan itu berlaku selama kira-kira tiga bulan.


SERPIHAN cermin berbentuk pelik yang didakwa imej makhluk halus yang telah ditembak.


ANTARA khazanah perut bumi yang ditemui Nasir ialah serbuk emas ini.


Anehnya, Nasir tidak terkejut. Malah dia sudah menjangkakan perkara itu kerana tujuan dia menuntut ilmu adalah untuk bertemu dan bersahabat dengan entiti alam ghaib itu.

“Kini makhluk itu banyak membantu saya dalam mengubati pesakit. Malah dia juga boleh mengesan khazanah yang terdapat di dalam perut bumi,” jelas Nasir yang pernah membantu pihak muzium mengesan artifak-artifak lama yang tersembunyi di dalam tanah.

Menceritakan mengenai makhluk yang telah banyak membantunya itu, Nasir memberitahu, sebelum ‘memanggilnya’, dia perlu melakukan solat sunat dua rakaat dengan bacaan ayat-ayat tertentu dan menyatakan pertolongan yang ingin diminta.

Sungguhpun telah banyak membantu orang ramai yang dalam kesusahan seperti kereta hilang, sakit disihir, ternakan dicuri dan masalah rumah tangga, Nasir tidak terlepas daripada dituduh melakukan pengubatan songsang.

“Saya masih seorang Islam dan mengaji al-Quran macam penganut Islam yang lain. Cuma saya ada kebolehan untuk merawat pesakit,” akui Nasir.

Bincang dengan ‘mereka’

Mengenai cara pengubatan beliau, anak jati Kedah ini menjelaskan, pesakit tidak perlu datang ke rumahnya untuk berubat sebaliknya hanya waris terdekat yang mesti datang berjumpa dengannya.

“Saya perlukan nama pesakit dan berjabat tangan dengan waris untuk mengetahui sama ada pesakit ‘terkena buatan orang’ atau memang dia sakit,” jelasnya.

Ujar beliau, ada satu kes di mana seorang waris menyangka ibunya diserang pesakit misteri pada hal ibunya itu ada ketumbuhan apendiks.

“Jadi saya segera suruh anaknya itu membawa ibunya ke hospital untuk pemeriksaan dan ternyata ia benar,” kata Nasir.

Bagi pesakit yang mempunyai masalah kronik seperti disihir atau sakit yang melibatkan makhluk halus, cara menembak makhluk itu dengan menggunakan senapang dan peluru khas akan dilakukan jika pengubatan cara biasa tidak berjaya.

Pengubatan itu akan dilakukan di belakang rumahnya dengan menembak makhluk halus yang mengganggu pesakit melalui sekeping cermin.

“Apabila saya tembak, serpihan cermin itu akan membentuk makhluk yang saya lihat sebelum ini,” jelasnya yang turut menunjukkan serpihan cermin berbentuk aneh kepada wartawan Jurnal.

Apa pun, menurut Nasir, usaha mengubati pesakit tidaklah sesukar berunding dengan makhluk halus yang menjaga khazanah bumi seperti emas.

“Kerja itu lagi rumit, kena bincang dengan ‘mereka’. Kalau ada yang tidak kena, perlu bincang balik. Jangan buat mereka marah kerana makhluk halus itu sangat ‘lurus’,” tambahnya yang dahulu kerap mencari emas di hutan Pahang dan Kelantan.

Sumber ::   kosmo

GAMBAR menunjukkan Armstrong berjalan di bulan.

Chaikin-Voices02

(Photo: Armstrong (right) and Buzz Aldrin walk back to their lunar module after raising the American flag on the Sea of Tranquillity.)


GAMBAR menunjukkan Armstrong berjalan di bulan.

WASHINGTON – Satu gambar baru yang menunjukkan angkasawan Neil Armstrong berjalan di bulan disiarkan sempena meraikan ulang tahun ke-40 pendaratan pertama manusia di bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej berkenaan dirakamkan oleh sebuah kamera yang berada pada kapal pendaratan bulan namun rakaman itu habis dalam tempoh singkat.

Kapal pendaratan bulan itu popular dengan panggilan Eagle. Ia menunjukkan muka Armstrong dengan jelas ketika dia berjalan di atas permukaan bulan.

Gambar itu dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Armstrong merupakan manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan namun kebanyakan gambar yang dirakamkan hanya menunjukkan rakannya, Buzz Aldrin.

Sebuah syarikat gambar angkasa bersejarah yang beribu pejabat di Ohio, Spacecraft Films berjaya menukar klip rakaman video berdefinisi tinggi itu menjadi gambar.

Imej-imej tersebut kini diedarkan buat kali pertama dalam bentuk buku berjudul Voices from the Moon yang ditulis oleh Andrew Chaikin.

“Ini adalah kali pertama orang ramai dapat melihatnya,” kata Chaikin.

Armstrong dan Aldrin berada dua setengah jam pada 20 Julai 1969 di bulan. – Agensi

Sumber ::   kosmo

Perang search engine

Bing mahu tewaskan Google

Perang enjin carian Internet semakin hangat hari ini. Semuanya ingin merampas takhta Google. Adakah Bing yang dihasilkan Microsoft mampu menyaingi Google?


LAMAN Bing disifatkan sebagai satu ‘kelahiran semula’ teknologi carian Microsoft.

SEBUT sahaja enjin carian, Google tentunya nama yang sering bermain di bibir pengguna Internet di segenap pelosok dunia. Dinobatkan sebagai antara enjin carian Internet terpantas dan mampu menghasilkan keputusan carian yang bertepatan dengan kehendak pengguna, Google sering dianggap sebagai satu penanda aras prestasi bagi enjin carian lain dalam usaha mempertingkatkan keupayaan mereka.

Jika tahun lalu, Cuil muncul dalam persaingan atau lebih tepat lagi, perang enjin carian dalam usaha menandingi Google, kini muncul satu lagi enjin carian lain bagi memenuhi permintaan pengguna. Jika Cuil dibangunkan oleh bekas pakar yang berpengalaman dalam pembangunan dan reka bentuk enjin carian Google itu sendiri, enjin carian yang diberi nama Bing ini dibangunkan oleh seteru utama Google iaitu Microsoft.

Microsoft tidak pernah berputus asa dalam usaha menghasilkan sebuah enjin carian yang dapat memenuhi cita rasa pengguna. Menawarkan perkhidmatan mereka melalui laman http://www.bing.com, Bing disifatkan sebagai satu ‘kelahiran semula’ teknologi carian Microsoft. Sebelum ini, enjin carian Microsoft dikenali sebagai Live Search, Windows Live Search dan MSN Search.

Bing bukanlah satu-satunya enjin carian yang cuba menyaingi Google. Sebelum ini pun telah banyak enjin carian lain cuba menundukkannya, tetapi menemui jalan buntu. Enjin carian seperti Hakia, Mahalo dan Search Wikia sehingga hari ini masih belum menggoyahkan kedudukan Google. Malah Yahoo dan Askme.com yang muncul lebih awal sudah berjaya diatasi Google. Setelah bertahun-tahun mencuba, mereka masih belum mampu merampas kembali takhta mereka. Jadi, apakah yang membuatkan Bing begitu istimewa dan harus diberikan perhatian?.

Dipekenalkan kepada umum oleh Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer pada 28 Mei lalu pada satu persidangan di San Diego, Amerika Syarikat, Bing dikatakan mampu memberikan saranan secara langsung sewaktu pengguna menaip perkataan yang hendak dicari. Selain itu, ia turut menyenaraikan carian yang berkaitan dengan keputusan carian pengguna dengan menggunakan teknologi semantik dari PowerSet iaitu sebuah syarikat pembangunan bahasa pengaturcaraan untuk enjin carian yang dibeli oleh Microsoft pada tahun lalu.

GOOGLE tentunya akan melipat gandakan usaha bagi memastikan mahkota mereka tidak dirampas!

Bing juga membolehkan pengguna menyimpan serta berkongsi sejarah carian mereka melalui aplikasi Windows Live SkyDive, e-mel dan laman sosial Facebook. Kemampuan Bing untuk membuat keputusan yang agak tepat dalam satu-satu proses carian dikatakan menjadi kekuatan utama Bing dalam mengharungi persaingan sengit di dalam industri digital pada hari ini.

Sebagai contoh, carian untuk tiket penerbangan tambang murah bukan sekadar menghimpunkan harga tiket tetapi turut memberikan maklumat sama ada tambang tersebut akan naik atau turun, ditambah dengan pautan tempat-tempat menarik, restoran dan acara yang berlangsung di destinasi yang ingin dituju. Keupayaan ini bukan hanya membantu pengguna dalam membuat satu-satu keputusan, tetapi turut membuka mata pengiklan.

Kaedah carian yang diperkenalkan Bing ini tentunya akan menarik pihak yang inginkan logo syarikat mereka terpampang di skrin komputer pengguna ketika membuat carian. Penggunaan Bing bagi tujuan carian juga membolehkan pengiklan memahami sekali gus memperbaiki perkhidmatan atau produk yang ditawarkan yang bertepatan dengan kehendak pengguna.

Hanya masa akan menentukan sama ada Google bakal diatasi oleh enjin carian lain. Sungguhpun hanya berbekalkan laman web yang begitu ringkas, Google telah membuktikan kemunculan mereka menepati kehendak pengguna masa ini. Secara relatifnya, masih banyak yang perlu dibuat oleh Bing dalam menyaingi Google, tetapi yang pasti sedikit sebanyak kemunculannya pasti membuatkan Google akan melipat gandakan lagi usaha mereka bagi memastikan mahkota mereka tidak dirampas!

Sumber ::   kosmo

Bing mahu tewaskan Google

Perang enjin carian Internet semakin hangat hari ini. Semuanya ingin merampas takhta Google. Adakah Bing yang dihasilkan Microsoft mampu menyaingi Google?


LAMAN Bing disifatkan sebagai satu ‘kelahiran semula’ teknologi carian Microsoft.

SEBUT sahaja enjin carian, Google tentunya nama yang sering bermain di bibir pengguna Internet di segenap pelosok dunia. Dinobatkan sebagai antara enjin carian Internet terpantas dan mampu menghasilkan keputusan carian yang bertepatan dengan kehendak pengguna, Google sering dianggap sebagai satu penanda aras prestasi bagi enjin carian lain dalam usaha mempertingkatkan keupayaan mereka.Jika tahun lalu, Cuil muncul dalam persaingan atau lebih tepat lagi, perang enjin carian dalam usaha menandingi Google, kini muncul satu lagi enjin carian lain bagi memenuhi permintaan pengguna. Jika Cuil dibangunkan oleh bekas pakar yang berpengalaman dalam pembangunan dan reka bentuk enjin carian Google itu sendiri, enjin carian yang diberi nama Bing ini dibangunkan oleh seteru utama Google iaitu Microsoft.

Microsoft tidak pernah berputus asa dalam usaha menghasilkan sebuah enjin carian yang dapat memenuhi cita rasa pengguna. Menawarkan perkhidmatan mereka melalui laman http://www.bing.com, Bing disifatkan sebagai satu ‘kelahiran semula’ teknologi carian Microsoft. Sebelum ini, enjin carian Microsoft dikenali sebagai Live Search, Windows Live Search dan MSN Search.

Bing bukanlah satu-satunya enjin carian yang cuba menyaingi Google. Sebelum ini pun telah banyak enjin carian lain cuba menundukkannya, tetapi menemui jalan buntu. Enjin carian seperti Hakia, Mahalo dan Search Wikia sehingga hari ini masih belum menggoyahkan kedudukan Google. Malah Yahoo dan Askme.com yang muncul lebih awal sudah berjaya diatasi Google. Setelah bertahun-tahun mencuba, mereka masih belum mampu merampas kembali takhta mereka. Jadi, apakah yang membuatkan Bing begitu istimewa dan harus diberikan perhatian?.

Dipekenalkan kepada umum oleh Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer pada 28 Mei lalu pada satu persidangan di San Diego, Amerika Syarikat, Bing dikatakan mampu memberikan saranan secara langsung sewaktu pengguna menaip perkataan yang hendak dicari. Selain itu, ia turut menyenaraikan carian yang berkaitan dengan keputusan carian pengguna dengan menggunakan teknologi semantik dari PowerSet iaitu sebuah syarikat pembangunan bahasa pengaturcaraan untuk enjin carian yang dibeli oleh Microsoft pada tahun lalu.


GOOGLE tentunya akan melipat gandakan usaha bagi memastikan mahkota mereka tidak dirampas!

Bing juga membolehkan pengguna menyimpan serta berkongsi sejarah carian mereka melalui aplikasi Windows Live SkyDive, e-mel dan laman sosial Facebook. Kemampuan Bing untuk membuat keputusan yang agak tepat dalam satu-satu proses carian dikatakan menjadi kekuatan utama Bing dalam mengharungi persaingan sengit di dalam industri digital pada hari ini.Sebagai contoh, carian untuk tiket penerbangan tambang murah bukan sekadar menghimpunkan harga tiket tetapi turut memberikan maklumat sama ada tambang tersebut akan naik atau turun, ditambah dengan pautan tempat-tempat menarik, restoran dan acara yang berlangsung di destinasi yang ingin dituju. Keupayaan ini bukan hanya membantu pengguna dalam membuat satu-satu keputusan, tetapi turut membuka mata pengiklan.

Kaedah carian yang diperkenalkan Bing ini tentunya akan menarik pihak yang inginkan logo syarikat mereka terpampang di skrin komputer pengguna ketika membuat carian. Penggunaan Bing bagi tujuan carian juga membolehkan pengiklan memahami sekali gus memperbaiki perkhidmatan atau produk yang ditawarkan yang bertepatan dengan kehendak pengguna.

Hanya masa akan menentukan sama ada Google bakal diatasi oleh enjin carian lain. Sungguhpun hanya berbekalkan laman web yang begitu ringkas, Google telah membuktikan kemunculan mereka menepati kehendak pengguna masa ini. Secara relatifnya, masih banyak yang perlu dibuat oleh Bing dalam menyaingi Google, tetapi yang pasti sedikit sebanyak kemunculannya pasti membuatkan Google akan melipat gandakan lagi usaha mereka bagi memastikan mahkota mereka tidak dirampas!

Bayi hilang dalam kandungan

oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Betapa terkejut, tidak percaya dan juga luruh emosi seorang bakal ibu apabila mengetahui kandungannya yang berusia lebih lapan bulan tiba-tiba hilang. Dari sudut apakah fenomena ini hendak dihuraikan?



DISEMBER tahun lalu, impian sepasang suami isteri di Kedah untuk menimang cahaya mata sulung selepas dua tahun berkongsi hidup tidak menjadi kenyataan apabila mendapati bayi yang dikandung si isteri tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan melalui teknik imbasan.

Segalanya umpama sebuah misteri bagi si wanita yang berbunga harapan selama hampir sembilan bulan itu. Dalam kes tersebut, wanita itu telah disahkan mengandung pada Mac 2008 melalui pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur.

Dia dijangka bersalin pada tarikh yang telah dicongak iaitu 29 November. Namun, kelahiran yang ditunggu-tunggu itu tidak menjadi kenyataan.

“Doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung. Bentuknya juga sudah kempis,” ujarnya yang mendakwa terasa lenguh-lenguh badan, perut memulas dan kemudian mengalami demam panas pada hari-hari terakhir sebelum kandungannya hilang.

Sudah banyak kes yang dilaporkan media mengenai kejadian seperti ini. Bukan sahaja di Malaysia, kegemparan cerita kandungan yang lesap ini berlaku di seluruh dunia tanpa mengira latar bangsa, status sosial dan kepercayaan agama.

“Kes kehamilan palsu yang menyebabkan kandungan menghilang secara tiba-tiba memang wujud dalam dunia perubatan.

“Ia dikenali sebagai pseudosiesis atau dalam istilah Inggeris – phantom pregnancy,” kata Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Pseudosiesis adalah suatu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik. Ia membabitkan gangguan faktor mental dan fizikal yang menyebabkan perubahan pada badan hinggakan sosok tubuh wanita yang tidak mengandung menyamai ciri-ciri wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) itu menjelaskan, apabila seseorang wanita terlalu percaya atau mengharapkan kehamilan, tubuhnya akan menghasilkan hormon yang menyebabkan perubahan-perubahan tertentu.

Paling jelas adalah pertambahan berat badan (khususnya di bahagian perut) selain simptom-simptom klasik lain seperti rasa mual serta tegang perut.

Hujah medikal dan psikologi

“Apabila minda ‘menipu’ tubuh, paras estrogen mereka melonjak naik. Apabila dalam keadaan sakit, stres atau tertekan, mana-mana wanita pun boleh mengalami gangguan dalam sistem badannya. Ini termasuklah ketiadaan haid, rasa loya dan muntah,” jelas beliau.

Tidak hairan juga kalau ketidakseimbangan hormon itu turut membuatkan payu dara membesar dan mengeluarkan susu.

“Perut yang semakin membesar sebenarnya disebabkan lemak yang terkumpul di bahagian tersebut. Ada juga yang merasakan seperti ada pergerakan bayi dalam kandungan walhal tiada janin di dalamnya,” terang Jamiyah.

Beliau merumus, belum ada kajian menyeluruh tentang punca pseudosiesis. Ia tidak boleh sepenuhnya ditangani dari perspektif medikal atau ginekologi tanpa mengambil kira keseriusan permasalahan emosi.

ADAKAH imej daripada imbasan ultra bunyi boleh berlaku ralat hingga memberi harapan palsu kepada ibu hamil?

Hakikatynya, sutradara yang mengarahkan sistem tubuh untuk melakukan sesuatu dalam menjalani rutin kehidupan adalah otak.

Apabila otak mencetus isyarat untuk bekerja matlamat tertentu, maka faktor biologi akan menurut dan di situlah bermulanya konsep kepercayaan.

“Sama seperti wanita yang mahu dirinya hamil untuk melepaskan diri daripada desakan sosial, fizikalnya akan terdorong ke arah keinginan tersebut.

“Lebih-lebih lagi jika pasangannya (suami) mengizinkan perkara itu berlaku dengan turut memberi harapan,” jelas Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Maizatul Akmam Abu Bakar.

Menurutnya, secara tidak langsung sokongan itu akan meningkatkan keberkesanan emosi isterinya sedangkan akhirnya mereka yang akan kecewa.

Lebih malang, tekanan yang dihadapi lebih menyeksakan apabila cerita ‘kehilangan’ kandungan itu dilabel sebagai karut oleh doktor dan masyarakat yang melemparkan tuduhan seperti wanita itu sengaja mengada-adakan cerita kehamilannya.

“Selain sokongan keluarga, wanita itu perlu dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri. Mereka diajar untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri.

“Ini bermakna minda mereka perlu dilaras semula agar memikirkan perkara-perkara yang lebih positif,” terang Maizatul.

“Hanya apabila seseorang ibu itu boleh menunjukkan bukti sahih bahawa pemeriksaan ultra bunyi sebelum itu sudah menunjukkan sifat fizikal bayi atau denyut jantung, tetapi akhirnya bayi itu hilang, maka kita perlukan penjelasan lain,” ujar Jamiyah apabila diajukan tentang sisi mistikal bayi yang ghaib dalam kandungan.

Serba-sedikit pertembungan konsep itu dihurai oleh pakar khidmat runding dan nasihat spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus. Beliau mengakui pernah merawat tidak kurang daripada 10 wanita yang terganggu emosi akibat kehilangan bayi dalam rahim.

Muslihat dari alam lain

“Wanita-wanita itu mendakwa mereka bermimpi didatangi entiti yang mengingatkan bahawa kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula,” ujar Engku yang tidak menolak kemungkinan kehamilan yang disebabkan ‘dampingan’ atau ‘tumpangan’ makhluk halus.

Walau bagaimanapun Engku menegaskan, perhubungan antara manusia dan jin sebenarnya tidak akan menghasilkan anak manusia.

“Sebaliknya, anak-anak daripada kaum jin itu yang bertambah bilangannya jika berjaya memperdaya manusia melalui apa cara sekalipun,” katanya.

Apabila diperdaya, seseorang mudah taksub kepada sesuatu. Ini termasuklah meyakini paparan imej bayi dalam rahim melalui teknik imbasan di hospital, sedangkan mereka perlu sedar bahawa ralat teknikal dan muslihat jin juga suatu faktor penyebab.

“Oleh itu, kaum ibu perlu kembali kepada apa yang diajar melalui al-Quran dan Sunah.

Adab, petua dan doa perlu sentiasa mengiringi langkah dan setiap perbuatan agar dilindungi Allah daripada fitnah, penipuan dan helah jin serta syaitan. Golongan itu sentiasa mahu menggoyah akidah umat Nabi Muhammad s.a.w.,” pesannya.

Sumber :: kosmo

Makan kari elak lupa


SEMAKIN ramai orang Barat yang sudah memahami kandungan khasiat penting daripada bahan rempah yang selama ini sering digunakan dalam penyediaan makanan Asia.

KOLEJ Diraja Psikiatri Britain mendakwa amalan makan hidangan berasaskan kari sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan mudah lupa.

Ini kerana sejenis bahan dikenali sebagai Curcumin yang merupakan kandungan kunyit – digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat India; dipercayai dapat menghalang perubahan otak.

Curcumin menjadi agen penghalang Amyloid plaques – protein toksik punca utama penyakit Alzheimer. Kajian makmal dan ujian ke atas haiwan juga membuktikan kari dapat melawan penyakit mudah lupa.

Malah pakar pemakanan Amerika Syarikat yang berasal dari India, Prof. Murali Doraiswamy memberitahu, mereka yang makan kari dua hingga tiga kali sehari berisiko rendah untuk mudah lupa.- Agensi