Daun Stevia – Pemanis semulajadi

APA ITU STEVIA?
Stevia Rebaudiana merupakan spesis pokok herba daripada keluarga bunga matahari dan sangat sesuai sebagai penghias penutup bumi. Pokok stevia berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana kemanisannya yang setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Pokok stevia matang menghasilkan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah dan pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Rasa manis pada daun stevia disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200˚C dan mempunyai     nilai pH yang stabil .

KEGUNAAN STEVIA
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Daun stevia yang telah dikeringkan ini digunakan untuk memaniskan minuman dan bahan tambahan perasa dalam masakan. Selain dari itu, penduduk di Brazil menggunakan daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan merawat luka terbakar.

Rakyat di Jepun telah 20 tahun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. Hampir kesemua produk makanan keluaran Jepun seperti jeruk, minuman ringan, coklat dll menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis semulajadi bagi menggantikan gula pasir. Syarikat pengeluar Coca Cola juga kini telah menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan Sakarin untuk menghasilkan minuman tersebut.

Continue reading

Advertisements
By Testingunderground Posted in New Tagged