Sholat cara Rasulullah SAW

1. Menghadap Sutrah (Pembatas)
Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan solat, hendaklah ia letakkan sesuatu dihadapannya. Jika ia tidak menemukan sesuatu hendaklah ia menancapkan tongkat. Jika ia tidak membaca tongkat hendaklah ia menarik garis kemudian apapun yang lewat dihadapannya tidak akan merosakkan solatnya”. (HR Abu Dawud dan disahihkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Ibnul Madini)


2. Merapatkan saf
Dari Nu’man bin Basyir, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Rapatkanlah saf-saf kalian, atau Allah akan membuat wajah-wajah kalian saling berselisih (berpecah belah).” (HR Muslim)



3. Angkat takbir setentang dengan bahu atau telinga


Dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW mengangkat kedua tangan beliau setentang bahu apabila membuka solat. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim): Dari Malik bin Al-Huwairits radiallahuan bahawa apabila Rasulullah bertakbir beliau mengangkat kedua tangan hingga setentang telinga beliau. (HR Muslim)


4. Sedekap di dada


Dari Sahal bin Sa’ad As-Sa’idi, ia berkata: “Kaum muslimin diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan mereka di atas tulang hasta sebelah kiri mereka dalam solat.

Dari Waail bin Hujr, ia berkata: “Aku mengerjakan solat bersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada” (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)
Dari Waails, berkata: “Aku melihat Rasulullah sallallahua’laihiwassalam apabila berdiri dalam solat meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri beliau” (Hr Abu Daud dan An-Nasa’i)


Dari Waail bin Hujr, ia berkata: “Aku mengerjakan solat bersama Rasulullah, beliau meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan meletakkannya di atas dada” (HR Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya dan ia mensahihkannya)



5. Rukuk dengan sempurna

a. Meratakan tulang belakang ketika rukuk

Dari Wabishah, dia berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. Apabila rukuk, beliau meratakan punggung beliau hingga kalaulah diletakkan air di atasnya, nescaya tidak akan tertumpah”. (HR Ibnu Majah dan At-Tabraani dalam Al-Kabir dan Ash-Saghir)


b. Tangan diletakkan di lutut, jari jemari direnggangkan


Dari Abu Humeid, ia bercerita tentang sifat solat Rasulullah SAW: “Apabila beliau rukuk, beliau meletakkan kedua telapak tangan dengan kukuh pada kedua lutut beliau dengan merenggangkan jari jemari beliau”. (HR Abu Daud)

Advertisements