Beli barangan harian online, sampai ke pintu rumah

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


SENARIO seperti kekangan masa kerana sibuk bekerja, menguruskan keluarga dan tuntutan harian yang memenatkan sudah menjadi asam garam kehidupan masyarakat kota hari ini.

Itu belum ditambah lagi dengan masalah kesesakan jalan raya, kesukaran mencari parkir atau barisan di kaunter yang terlalu panjang.

Kerana itu, bukanlah menghairankan apabila budaya beli-belah barangan runcit warga kota hari ini semakin berubah.

Sambil duduk di rumah melayan anak-anak atau menonton TV, dengan satu klik di internet sahaja selepas beberapa jam barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.

Itulah antara perubahan gaya hidup dan budaya beli-belah yang dibawakan Doorstep Retails Sdn. Bhd.

Syarikat itu telah membangunkan laman web http://www.doorstep.com.my dalam menawarkan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan keperluan harian rumah sehingga ke pintu pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ragavan P. Nair berkata, laman web berkenaan dibangunkan untuk memberi platform alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian rumah mereka.

“Kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai gaya hidup yang agak sibuk dan tidak mempunyai masa berkualiti untuk membeli barangan keperluan harian rumah mereka.

“Justeru itu, laman web ini akan dapat membantu memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi keluar rumah mendapatkan produk sebaliknya hanya melayari alam maya dan produk akan dihantar ke rumah atau pun pejabat,” katanya kepada Kosmo!.

Pada mulanya, Ragavan menambah, laman web tersebut hanya menawarkan produk barangan korporat terutamanya dalam industri hotel, institusi kewangan, hospital, syarikat telekomunikasi dan televisyen.

Bagaimanapun, melihat sambutan yang diberikan segmen tersebut amat positif, ia telah dikembangkan kepada pasaran pengguna pada tahun lalu.    Continue reading

Advertisements