Dunia Hantar Bantuan ke Jepun

GENEVA: Masyarakat antarabangsa mula menghantar pasukan bantuan bencana pada Sabtu untuk membantu Jepun selepas dilanda gempa bumi kuat dan tsunami, manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menghantar satu pasukan untuk membantu mengkoordinasikan tugas-tugas.

“Kami dalam proses menghantar 9 orang pakar yang paling berpengalaman menangani malapetaka. Mereka akan membantu menganggarkan keperluan dan mengkoordinasikan bantuan dengan pihak berkuasa Jepun,” kata Elisabeth Byrs, jurucakap Pejabat PBB mengenai Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Pasukan bantuan bencana PBB termasuk beberapa orang jurucakap Jepun dan seorang pakar alam sekitar, katanya.

Satu letupan memusnahkan bumbung sebuah kilang reaktor nuklear di utara Tokyo, pada Sabtu, mencetuskan kebimbangan tentang peleburan radioaktif yang membahayakan.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano memberitahu bahawa satu kebocoran radiasi berlaku di kilang kuasa nuklear Fukushima Daiichi milik Tokyo Elektric Power Co (TEPCO).   Continue reading