Hotel yang laksanakan syariah compliant

Mohd Nazri Abdullah


Dalam pemikiran masyarakat kita, bidang perhotelan lazimnya disinonimkan dengan perkara-perkara negatif. Sebut sahaja ‘hotel’ pelbagai imej mula digambar di benak pemikiran termasuk ruang bar dengan botol araknya, pelacur-pelacur kelas atasan serta aktiviti perjudian.

Jika pun tanggapan sesetengah pihak tidak sampai ke situ, namun ‘hotel’ tetap dipalit sedikit sebanyak dengan unsur kemaksiatan dalam aspek-aspek tertentu.

Sekali berkunjung dan menetap di mana-mana rangkaian hotel De Palma, mungkin paradigma anda terhadap bidang perhotelan akan berubah.

Malah mungkin anda juga mampu membuat kesimpulan bahawa anda bukan berada di hotel, tetapi di sebuah pusat Islam atau tidak keterlaluan untuk dikatakan seperti menginap di sebuah masjid.

Melangkah masuk sahaja ke hotel ini, anda tidak akan bertemu dengan seorang pun pekerjanya khususnya perempuan muslim yang tidak menutup aurat.

Continue reading