Antara H1N1 dan Hijab apa kaitannya

hijjab-is-beautiful DSC02964

Gambar Hiasan

Aku dah lama terfikir hal ini dan nak berkongsi. Dikala manusia memperlekehkan dan mengutuk serta mengharamkan penutupan aurat dengan pemakaian hijjab dunia telah digemparkan dengan H1N1.

Apakah kaitan dengan pemakaian hijjab?

Disinilah, terlihat Kebijaksanaan Allah dengan menurunkan bala sebagai peringatan dan pengajaran kepada yang biadap yang memperkecilkan perintah Allah untuk menutup aurat. Inilah peringatan yang perlu kita ambil dan laksanakan..

Hari ini seluruh dunia terpaksa memakai penutup muka tak kira lelaki atau perempuan bagi mengelakkan terkena virus H1N1 tapi takde pulak yang mempertikaikan kenapa kena pakai penutup muka….

Namun ada juga yg masih memperlekehkan pemakaian penutup muka…manusia…manusia…..bila la nak insaf…

Pemakaian hijjab bukan sahaja mendapat pahala tetapi juga ada hikmah tertentu…dan jangan memperkecilkannya…

Pemakaian hijjab adalah relevan dahulu, kini dan sepanjang zaman walaupun sehingga hari akhirat.

HUJAH2 YANG MEWAJIBKAN PEMAKAIAN PURDAH

1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن

maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu…….

Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh… Na’uzubillah………

2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya…

Ibnu Mas’ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami’ Ahkamin Nisa’. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali….

3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن

masudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka…

Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka.

4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan……

Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.

.5.Firman Allah (sorilah… dh malas nk tulis arab):
“apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka.” (Al-Ahzab:53)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman

6. Ummu Athiyah berkata: ” Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa’ mereka. Seorang wanita bertanya, “wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab “hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka”

7. Aisyah berkata: ” jika rasulullah meihat wanita2 di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid”

perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.

ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama’ dan mereka2 yg ahli dn layak dlm bidang ini….

Antara ulama’ yg berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah:

1.Syaikh Muhammad Al-Shinqithi
2.Syaikh Abdul Aziz bin Baz
3.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
4.Syaik Abdullah bin Ibrahim Al Jarullah
5.Syaikh Bakar Abu Zaid
6.Syaikh Musthafa Al-Adhawi
dan lain2 lagi………

KESIMPULAN

-Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman Rasulullah. Ia dilakukan hampir seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan dan dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama’. Namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa dan jadilah ia hanya satu tuntutan dan bukan kewajipan walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat untuk mewajibkannya.

Tambahan sekarang sudah masuk apa yg dikatakan sebagai zaman fitnah. Maka seharusnya para muslimah terdorong untuk mengenakan purdah ke atas wajahnya demi kebaikan dirinya dan seluruh ummat islam.

-Zaman ini juga telah masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadis rasulullah:
بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ

maksudnya: “islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu).”

maka, apa salahnya kita menjadi sebagai prg yg dipandang ganjil seperti yg dikatakan nabi dan sekaligus mendapat doa’ drpd nabi sebagai org yg beruntung. Jadi ana menyeru Muslimah agar doronglah diri anda serta rakan2 anda untuk mengenakan purdah, kerana walaupun ada dalil yg mengatakannya tidak wajib, tetapi kita mesti ingat bahawa terdapat juga dalil yg mengatakannya wajib.

Wasallam...

Advertisements

Nyawa dua wanita diragut H1N1

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my


KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Johor Bahru melakukan pemeriksaan di Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor Bahru semalam.



KUALA LUMPUR – Penularan pandemik selesema babi (H1N1) di negara ini semakin membimbangkan apabila ia meragut dua lagi nyawa iaitu masing-masing satu di Hospital Miri dan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban semalam.

Dalam kes di Miri, ia membabitkan seorang ibu muda berusia 23 tahun yang baru melahirkan anak di Hospital Miri.

Mangsa menjadi kes kematian ketujuh telah disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 23 Julai dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi semalam disebabkan komplikasi pada paru-paru.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pada mulanya mangsa telah bersalin di hospital berkenaan pada 21 Julai dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sehari selepas itu.

“Selepas bersalin, mangsa didapati mengidap pneumonia yang teruk dan menunjukkan simptom demam serta batuk empat hari sebelum bersalin.

“Kematian mangsa direkodkan sebagai pneumonia akibat jangkitan H1N1,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, bayi mangsa selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan H1N1.

Mangsa kelapan pula membabitkan seorang wanita berusia 51 tahun yang berasal dari Kuala Selangor yang disahkan meninggal dunia di HTJ malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi berkata, wanita itu dimasukkan ke HTJ pada hari kejadian dan meninggal dunia kira-kira pukul 11.50 malam.

Doa hindari bala dan penyakit berjangkit

PAKISTAN-ASIA-QUAKE-MUSLIMS-PRAYER

Kerajaan Malaysia telah melakukan apa jua cara untuk mengekang merebaknya HIN1 walaupun banyak juga kritikan masyarakat awam tentang langkah-langkah kerajaan tersebut.

Satu aspek yang tidak boleh dilupakan sebagai seorang Muslim ialah memohon perlindungan kepada Allah Taala. Allah Taala mengingatkan betapa dekat Dia dengan hambanya sepertimana disebut dalam surah al-Baqarah

2_186-300x64

Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.

(Surah al-Baqarah: Ayat 186)

doa

H1N1 dan Micheal Jackson: Suatu Iktibar

https://i1.wp.com/www.imbrandon.com/wp-content/uploads/2009/06/michael-jackson.jpg

1. Dunia kini digamatkan dengan penularan wabak Selesema Babi yang kemudiannya disebut sebagai Influeza A [ H1N1 ] . Kepantasannya menular ke seluruh dunia sama deras dengan berita kematian Micheal Jackson yang juga meletakkan suasana dunia menjadi gamat seketika.

2. Negara kita tidak terkecuali menerima kesan dari keduanya [ H1N1 dan Mitos Micheal Jackson ] beberapa buah sekolah terpaksa ditutup dan pelajarnya dikuarantin. Angka yang disyaki menerima jangkitan virus merbahaya ini semakin meningkat.

3. Masyarakat sebahagiannya menjadi panik menerima ancaman virus ini, sama tahap dengan histeria yang berlaku kepada peminat Micheal Jackson sejurus mereka mendengar berita kematian bintang pujaan mereka.

4. Segala aktiviti tergendala, malah menimbulkan rasa resah dikalangan rakyat terhadap penularan wabak berjangkit ini . Namun usaha yg diambil tidak serius dan berkesan dari pihak berwajib selain hanya menyabarkan rakyat agar jangan panik . Biarpun WHO telah mengarahkan langkah tindak yang tegas dan serius.

5. Mungkin pihak berwajib telah bertindak , namun belum meyakinkan masyarakat lantaran peningkatan angka mereka yang dijangkiti virus tersebut. Suka atau tidak , kerajaan mesti menggandakan usaha mereka agar rakyat dan negara benar – benar selamat . Serentak itu , saya mencadangkan agar kerajaan mengarahkan seluruh masjid mengadakan solat hajat agar Allah swt menyelamatkan negara kita.

6. Cuma saya tidak yakin sejauh mana keupayaan kerajaan Malaysia hari ini tergerak hati untuk mengambil pendekatan spiritual ini dengan munajat dan solat hajat disamping usaha dan ikhtiar membendung serta mendidik rakyat agar selamat dari penularan virus H1N1.

7. Sebab saya mempunyai pengalaman bagaimana kerajaan menganjurkan tahlil dan bacaan Yassin apabila negara dilanda Tsunami sekaligus membuatkan Malaysia menjadi sunyi menjelang tahun baru tanpa sebarang band dan konsert . Malangnya suasana itu hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja dan kemudiannya negara kembali kepada asal dengan galak merenyamnya muzik dan pesta seolah – olah tsunami tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku lagi.

8. Sedar dan insafnya orang kita ini hanya hangat – hangat tahi orang. Lihatlah sahaja hari ini, dalam keadaan negara dilanda penyakit H1N1 dan angka mereka yang dijangkiti terus meningkat, negara kita tidak langsung menunjukkan rasa insaf dan ingin kembali kepada Allah swt. Sebaliknya sempena dengan kematian Micheal Jackson, mereka kembali menayangkan video – video klip Micheal Jackson dan mengangkat Micheal Jackson sebagai pujaan yang ditangisi pemergiaannya sehingga ada yang histeria lantaran gagal menahan perasaan.

9. Mengenang orang mati bukan begitu caranya. Tambahan pula ada pandangan mengatakan Micheal Jackson ini telah memeluk ajaran Islam sebelum mati. Abangnya Jeremi Jackson sempat mendoakan agar Allah merahmati ruh Micheal Jackson.

10. Maksud saya , hadhirkanlah rasa insaf betapa kita manusia yang lemah tidak mampu untuk mengelak diri dari musibah seperti penularan wabak H1N1, juga insaf betapa kita biarpun hebat dan ternama dipuja serata dunia tetap akan mati menemui Allah swt. Insaflah betapa Allah swt adalah Tuhan yang Maha berkuasa dan kepadaNya lah kita semua akan kembali.

By Nasrudin Hassan at Tantawi

Guna istilah selesema babi ganti H1N1 – Rais


PENGETUA Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur, Rokiah Yaacob memberi penerangan kepada pelajar-pelajarnya berhubung penularan H1N1 di sekolah itu kelmarin.

KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A (H1N1) yang digunakan sekarang.

Rais berkata, syor itu dibuat bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema itu dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.

“Bila dalam Bahasa Melayu pula ada juruhebah yang enggan nak sebut H1N1, jadi kalau selesema babi, kan senang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pos Malaysia di sini.

Beliau menambah, kementeriannya akan memantau program-program yang menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan dengan kesihatan agar tiada kekeliruan mengenai ketepatan mesej serta kefahaman orang ramai mengenai selesema babi.

“Hal yang berkaitan dengan kesihatan kita tidak harus campur aduk dengan gara-gara atau cara-cara iklan yang mengelirukan. Kami akan pantau iklan yang disiarkan di televisyen dan melihatnya dari sudut ketepatan mesej serta fahaman orang,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Bahasa, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Arbaie Sujud ketika mengulas cadangan tersebut berkata, penggunaan semula istilah ‘selesema babi’ dapat menimbulkan kegerunan masyarakat terhadap wabak tersebut berbanding istilah H1N1.

Sumber ::   kosmo