Air Soya

Bahan2 membuatnya:
5 genggam kacang soya
800 ml air
sedikit gula
sedikit daun pandan

Cara2 membuatnya:

1. Rendam Kacang soya selama 3 jam… Bila dah 3 jam ia akan jadi kembang camni…. comel kan.. tembam macam buah pinggang.haha. merepek.

2. Kemudian, masukkan air + kacang soya dalam blender… Blend sampai hancur

3. Then tapis guna penapis kain. atau guna napkin bersih pun boleh. jangan la pergi amek napkin adik2 baby korang dalam bakul yang mak dah siap dok lipat tu…. atau terlalu desperate pergi guna stoking plak. hancus. haha.

4. Then hampas dia jangan buang k… Masukkan dalam peti sejuk.. then boleh buat masker.. untuk melicinkan + menghaluskan + memutihkan kulit. Pakai masa tidur.then dah kering cuci.

5. Masukkan gula agak2.. ikut korang..nak manis macamana..

6. Kemudian letak la daun pandan… kalau leh simpulkan daun pandan tu.. Rai buat camni sebab rai bawa dari malaysia stok daun pandan kering… Tujuan masukkan daun pandan.. supaya bau hanyir soya tadi hilang and boleh mewangikan air soya kita tadi… soya pun pandai pakai parfume nampaknya.

7. Masak atas dapur.. Pastikan dikacau selalu. kalau tak dia boleh hangit and membuak2… Masak selama 30 min camtu… Rasa dulu. Kalau dah ok… baru angkat and sejukkan. Tapi kalau masih rasa tak masak… teruskan didihkan dia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s