Want To Be A Billionaire Without Loosing Yourself?

REZEKI, JODOH, AJAL & MAUT ?

Keempat-empat perkara tersebut telah Allah suratkan di Loh Mahfuz sejak azali … sejak alam ini belum dicipta.

HAKIKATnya … Janganlah kita bimbang dan khuatir tentang rezeki, jodoh, ajal dan maut. Kerana kesemuanya adalah pasti. TERPULANG kepada kita untuk mempercepatkan dan mempermudahkannya.

Bagaimana ingin mempercepatkan dan mempermudahkannya ?

Bergantung kepada usaha lahiriah mengamalkan sunnah-sunnah yang pernah Rasulullah SAW sabdakan dalam hadis baginda, sambil berdoa kepada Allah SWT.

Bila disebut tentang kekayaan … ianya berhubung kait rapat dengan rezeki yang telah Allah tetapkan bagi kita.

Terpulang kepada kita untuk beramal dan memohon kepada Allah agar rezeki itu dimurahkan, dipermudahkan, dipercepatkan bagi kita.

Continue reading

Advertisements

The Arrival Ep1-50 – with malay sub

The Arrival adalah sebuah video pencerahan bagi kita. Video ini akan menceritakan kepada kita dengan gambang tentang bagaimana Fremason organisasi yahudi dunia menjalankan tipu muslihatnya  dan bagaimana perkumpulan iblis iluminati menjalankan rencana kejinya terhadap umat manusia, juga mempersiapkan kedatangan Dajjal laknatullah. Dalam video ini juga akan diceritakan siapa-siapa saja pemimpim dunia yang masuk dalalm perkumpulan iblis ini, bagaimana Holywood dan waldisney digunakan sebagai alat propaganda mereka. Video ini dilengkapi dengan sub melayu. Berikut ini adalah link downloadnya:

The Arrival part01(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part02(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part03 (Ziddu).rar 150MB
The Arrival part04(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part05(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part06(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part07(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part08(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part09(Ziddu).rar 150MB
The Arrival part10(Ziddu).rar 61MB

Download all..put in one folder and then, use WinRaR. to unrar@ unzip @ extract it…

Apakah Anda Seorang Materialistik?

Apakah perasaan anda bila seseorang mengatakan anda seorang materialistik? Ya, ramai yang akan marah bila diri mereka dipanggil materialistik. Mengapa marah? Apa makna yang anda berikan kepada materialistik? Apakah seorang materialistik adalah seorang yang tidak baik budi pekertinya? Jika jawapan anda, “tidak semestinya”, mengapa marah bila dipanggil materialistik?

Continue reading

Mencari erti Istiqamah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.

Jalan meraih ketenangan  Continue reading

Lilit benang hitam amalan syirik?

 

 

Soalan

 

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak- kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?  Continue reading

Penyakit Kencing Manis

 

 

Penyakit kencing manis

 

 

ataupun DM (Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

 

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :

  • Diabetes jenis pertama (I)

DM-I juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

  • Diabetes jenis kedua (II)

DM-II boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

rujukan lanjut di : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis

 

 

 

 

 

Tips kesihatan untuk menghadapi masalah Kencing Manis :

Continue reading

Bidadari Syurga Dunia

“  Keistimewaan yang Allah berikan kepada wanita terlalu banyaknya ”

“ Kasihnya Allah kepada wanita.. ”

Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘ layanan ’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah Subhanahu wata’ala tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. padahal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sembarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak muhasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Allah sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat,..??? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Allah kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

Continue reading

Soalan yg selalu ditanya semasa temuduga?

Kenapa kami perlu ambil anda untuk jawatan ini?

Hmmm…soalan bocor yang bertujuan untuk beri peluang kepada setiap calon untuk angkat bakul semasa temuduga.

Rasanya cukup susah nak jawab bagi graduan yang fresh yang belum pernah menghadapi temuduga dan tidak bersedia untuk bertemuduga….tapi bagi yang berpengalaman..inilah  soalan yang ditunggu-tunggu..

Tidaklah bertujuan mengangkat diri setinggi gunung tapi jawapan mestilah berpijak dibumi yang nyata….kejujuran itu yang penting juga cara menjawab..

Mungkin ini sebahagian drp jawapan yg dpt dikemukan

1)Pengalaman..jika ada

2) Kelebihan tempat calon menuntut ilmu dan memperoleh ijazah..

3) Kelebihan akademik..

4) Kelebihan bukan akademik..sukan…dll..

5) Kelebihan peribadi…

6) Projek yang dibangunkan…

Permarkahan..

+Pakaian..kot dan bertali leher..kemas..formal

+cara bercakap dan menjawab soalan..

Tetapi jika masih tak dpt juga jawatan tersebut sekiranya semua kriteria diatas dipenuhi..mestilah bersangka baik dan bertawakal…mungkin ianya bukan hak anda lagi..dan hanya Allah Yang Maha Pemberi Hak…

Tetapi kepada sesiapa yang mengkianati hak..sekiranya calon itu memang berhak…Maka jawablah di hadapan Yang Maha Adil..

Tapi biarkanlah… takkan anda nak tuntut hak anda tu kat sana kot..time tu kita dok kalut dengan hitungan dosa-dosa kita sendiri.

Teman

Apabila kau ingin berteman,

Janganlah kerana kelebihannya,

Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

Kau mungkin akan menjauhinya….Andai kau ingin berteman,

Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kau akan membencinya….Andai kau inginkan sahabat yang satu,

Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,

Kau mungkin akan memfitnahnya….Andai kau inginkan seorang teman,

Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kau mungkin akan menyalahkannya….Andai kau ingin bersahabat,

Terimalah dia seadanya,

Kerana dia seorang sahabat,

Yang hanya manusia biasa….Jangan diharapkan sempurna,

Kerana kau juga tidak sempurna,

Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah…Insya`Allah,

Allah akan meredhai persahabatan..