Persoalan chatting dengan bukan muhrim melalui internet dan telefon?


Soalan: Aku adalah seorang pemuda. Aku punya hobi melayari internet dan chatting. Aku hampir tidak pernah chatting dengan wanita. Jika terpaksa aku chatting dengan wanita maka aku tidaklah berbicara kecuali dalam hal yang baik-baik.

Kurang dari setahun lalu ada seorang gadis yang mengajak aku chatting lalu meminta nombor telefonku. Aku katakan bahawa aku tidak mahu menggunakan telefon dan aku tidak ingin membuat Allah murka kepadaku.

Dia lalu mengatakan, “Engkau adalah seorang pemuda yang sopan dan berakhlak mulia. Aku akan bahagia jika kita boleh berkomunikasi secara langsung”. Kukatakan kepadanya, “Maaf aku tidak mahu menggunakan telefon bimbit”. Kemudian dia berkata dengan nada kesal, “Terserah kamu kalau begitu”.

Selama beberapa bulan kami hanya berhubungan melalui chatting. Suatu ketika dia mengatakan, “Aku ingin nombor telefonmu”. “Bukankah dulu sudah pernah kukatakan kepadamu bahawa aku tidak mahu menggunakan telefonku”, jawabku. Dia lalu berjanji tidak akan menghubungiku kecuali ada hal yang mendesak. Kalau demikian aku sepakat.

Setelah itu selama tiga bulan dia tidak pernah menghubungiku. Akupun berdoa agar Allah menjadikannya bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.    Continue reading

Advertisements

Apakah Anda Seorang Materialistik?

Apakah perasaan anda bila seseorang mengatakan anda seorang materialistik? Ya, ramai yang akan marah bila diri mereka dipanggil materialistik. Mengapa marah? Apa makna yang anda berikan kepada materialistik? Apakah seorang materialistik adalah seorang yang tidak baik budi pekertinya? Jika jawapan anda, “tidak semestinya”, mengapa marah bila dipanggil materialistik?

Continue reading

Soalan yg selalu ditanya semasa temuduga?

Kenapa kami perlu ambil anda untuk jawatan ini?

Hmmm…soalan bocor yang bertujuan untuk beri peluang kepada setiap calon untuk angkat bakul semasa temuduga.

Rasanya cukup susah nak jawab bagi graduan yang fresh yang belum pernah menghadapi temuduga dan tidak bersedia untuk bertemuduga….tapi bagi yang berpengalaman..inilah  soalan yang ditunggu-tunggu..

Tidaklah bertujuan mengangkat diri setinggi gunung tapi jawapan mestilah berpijak dibumi yang nyata….kejujuran itu yang penting juga cara menjawab..

Mungkin ini sebahagian drp jawapan yg dpt dikemukan

1)Pengalaman..jika ada

2) Kelebihan tempat calon menuntut ilmu dan memperoleh ijazah..

3) Kelebihan akademik..

4) Kelebihan bukan akademik..sukan…dll..

5) Kelebihan peribadi…

6) Projek yang dibangunkan…

Permarkahan..

+Pakaian..kot dan bertali leher..kemas..formal

+cara bercakap dan menjawab soalan..

Tetapi jika masih tak dpt juga jawatan tersebut sekiranya semua kriteria diatas dipenuhi..mestilah bersangka baik dan bertawakal…mungkin ianya bukan hak anda lagi..dan hanya Allah Yang Maha Pemberi Hak…

Tetapi kepada sesiapa yang mengkianati hak..sekiranya calon itu memang berhak…Maka jawablah di hadapan Yang Maha Adil..

Tapi biarkanlah… takkan anda nak tuntut hak anda tu kat sana kot..time tu kita dok kalut dengan hitungan dosa-dosa kita sendiri.

Gangguan Jin Ifrit bakar rumah dan kereta

Oleh: amkns 

Sesungguhnya ALLAH lebih Maha Berkuasa dari segala makhluk yang ada di alam nyata dan alam ghaib. Hanya kepada ALLAH kita memohon bantuan dan berserah.

 

 

Kebakaran aneh

Harian Metro 3 Okt 2010


SABAK BERNAM: Lapan bulan sepanjang tahun ini menjadi tempoh paling kritikal dan menyeksakan buat sebuah keluarga di Sungai Besar, di sini, selepas saban hari berdepan kejadian aneh yang membawa kepada kesudahan memilukan apabila rumah dan dua kereta mereka terbakar.


Mangsa, Abas Awang, 49, berkata kejadian aneh yang berlaku di rumahnya di Parit 6 Timur, di sini, sejak Februari lalu menyebabkan kehidupan isteri dan seorang anak gadisnya tidak tenteram.


“Pada mulanya, lampu rumah padam sendiri, barang di rumah seperti pakaian dan peralatan dapur termasuk pisau bertaburan, malah sesekali berterbangan.


“Selepas itu, penggera kereta dan hon berbunyi sendiri, malah ada ketikanya enjin kereta hidup sendiri walaupun kunci ada di tangan saya.


“Selang beberapa bulan, berlaku pula kebakaran kecil pada pakaian dan dinding rumah, hinggalah kemuncaknya pada awal Ramadan lalu, rumah saya hangus terbakar, selain sebuah motosikal dan kereta.


“Bagaimanapun, kereta itu hanya terkena tempias kebakaran dan masih boleh digunakan selepas diperbaiki, ” katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui baru-baru ini.


Kebakaran itu membuatkan Abas dan keluarganya berpindah sementara ke rumah mentua, tetapi kejadian aneh seperti di rumahnya tetap berlaku. Continue reading

What will happen in December 12 2012??

Full trailer for apocalyptic movie film “2012

The first full trailer for Roland Emmerich’s latest disaster flick, 2012, has been released online. Opening November 23, the film follows an academic researcher as he leads a group of people in a fight to counteract the apocalyptic events that were predicted by the ancient Mayan calendar. Check it out below.

2012 stars John Cusack, Chiwetel Ejiofor, Danny Glover, Thandie Newton, Oliver Platt, Amanda Peet, Morgan Lily, George Segal John Billingsley and Woody Harrelson. Emmerich wrote the film with his 10,000 BC collaborator Harald Kloser.

Also see the film’s international trailer below. It’s not in english, but it shows some different footage so it’s worth a look.

H1N1 dan Micheal Jackson: Suatu Iktibar

https://i1.wp.com/www.imbrandon.com/wp-content/uploads/2009/06/michael-jackson.jpg

1. Dunia kini digamatkan dengan penularan wabak Selesema Babi yang kemudiannya disebut sebagai Influeza A [ H1N1 ] . Kepantasannya menular ke seluruh dunia sama deras dengan berita kematian Micheal Jackson yang juga meletakkan suasana dunia menjadi gamat seketika.

2. Negara kita tidak terkecuali menerima kesan dari keduanya [ H1N1 dan Mitos Micheal Jackson ] beberapa buah sekolah terpaksa ditutup dan pelajarnya dikuarantin. Angka yang disyaki menerima jangkitan virus merbahaya ini semakin meningkat.

3. Masyarakat sebahagiannya menjadi panik menerima ancaman virus ini, sama tahap dengan histeria yang berlaku kepada peminat Micheal Jackson sejurus mereka mendengar berita kematian bintang pujaan mereka.

4. Segala aktiviti tergendala, malah menimbulkan rasa resah dikalangan rakyat terhadap penularan wabak berjangkit ini . Namun usaha yg diambil tidak serius dan berkesan dari pihak berwajib selain hanya menyabarkan rakyat agar jangan panik . Biarpun WHO telah mengarahkan langkah tindak yang tegas dan serius.

5. Mungkin pihak berwajib telah bertindak , namun belum meyakinkan masyarakat lantaran peningkatan angka mereka yang dijangkiti virus tersebut. Suka atau tidak , kerajaan mesti menggandakan usaha mereka agar rakyat dan negara benar – benar selamat . Serentak itu , saya mencadangkan agar kerajaan mengarahkan seluruh masjid mengadakan solat hajat agar Allah swt menyelamatkan negara kita.

6. Cuma saya tidak yakin sejauh mana keupayaan kerajaan Malaysia hari ini tergerak hati untuk mengambil pendekatan spiritual ini dengan munajat dan solat hajat disamping usaha dan ikhtiar membendung serta mendidik rakyat agar selamat dari penularan virus H1N1.

7. Sebab saya mempunyai pengalaman bagaimana kerajaan menganjurkan tahlil dan bacaan Yassin apabila negara dilanda Tsunami sekaligus membuatkan Malaysia menjadi sunyi menjelang tahun baru tanpa sebarang band dan konsert . Malangnya suasana itu hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja dan kemudiannya negara kembali kepada asal dengan galak merenyamnya muzik dan pesta seolah – olah tsunami tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku lagi.

8. Sedar dan insafnya orang kita ini hanya hangat – hangat tahi orang. Lihatlah sahaja hari ini, dalam keadaan negara dilanda penyakit H1N1 dan angka mereka yang dijangkiti terus meningkat, negara kita tidak langsung menunjukkan rasa insaf dan ingin kembali kepada Allah swt. Sebaliknya sempena dengan kematian Micheal Jackson, mereka kembali menayangkan video – video klip Micheal Jackson dan mengangkat Micheal Jackson sebagai pujaan yang ditangisi pemergiaannya sehingga ada yang histeria lantaran gagal menahan perasaan.

9. Mengenang orang mati bukan begitu caranya. Tambahan pula ada pandangan mengatakan Micheal Jackson ini telah memeluk ajaran Islam sebelum mati. Abangnya Jeremi Jackson sempat mendoakan agar Allah merahmati ruh Micheal Jackson.

10. Maksud saya , hadhirkanlah rasa insaf betapa kita manusia yang lemah tidak mampu untuk mengelak diri dari musibah seperti penularan wabak H1N1, juga insaf betapa kita biarpun hebat dan ternama dipuja serata dunia tetap akan mati menemui Allah swt. Insaflah betapa Allah swt adalah Tuhan yang Maha berkuasa dan kepadaNya lah kita semua akan kembali.

By Nasrudin Hassan at Tantawi

Masalah login YM guna IM Chat Client

Pada 20hb yang lepas, Yahoo! Inc. telah membuat sedikit perubahan dalam server messenger mereka. Dan hal ini secara praktikalnya telah menyebabkan im client dalam linux sama ada Pidgin, Kopete, Empathy atau Gyachi, tidak boleh login atau lebih tepat lagi tidak boleh connect.

Lol! Patutla tak boleh nak connect ke ym. Rupanyer si Yahoo ni ubah login method kat server diorang! Tapi jangan bimbang, jika anda menggunakan Pidgin, sila upgrade pidgin anda ke versi 2.5.7.

Bukak Terminal dan pastekan:

sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com \ 67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8

echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \ `lsb_release --short --codename` main | \

sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list 

kemudian,

sudo apt-get update

sudo apt-get upgrade

Tapi jika anda menggunakan im client yang lain seperti Empathy, sila ubah url “server” seperti berikut:

cn.scs.msg.yahoo.com

Semoga berjaya!

Sumber:: Melayubuntu@Blogspot