Doa Harian

“Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya” Wallahua’lam.

Advertisements
By Testingunderground Posted in Doa, Islam

Kisah Benar – Sedar Setelah Koma..Hasil doa 50 orang ikhlas.

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati… Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team (ERT) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.  Continue reading

ALLAH pasti membantumu!

Oleh Ust Halim Nasir

Selesai solat Isyak selepas kuliah maghribku di Masjid Kelang Lama, Kulim,pd Isnin yg lalu, aku dihampiri salah seorang dari jamaah yg hadir dalam kuliahku di malam itu.

“Tolong saya Ustaz”, katanya, setelah dia memperkenalkan dirinya. (Lupa saya namanya)

“Apa yg boleh saya bantu?” balasku kpdnya. Wajahnya mencerminkan sedikit harapan.

“Saya dah tak boleh baca quran lagi!”, katanya dgn wajah yg muram dan menzahirkan sedikit kesedihan.

“Kenapa?” saya membalas dalam usaha mencari sebab musabab untuk cuba mengatasinya.

“Saya terlibat kemalangan jalanraya 8 bulan yg lalu, motor yg saya bawa jatuh ke dalam longkang besar. Patah kaki, patah bahu kanan, dan gegaran pd otak di sebelah kanan”, demikian dia menyenaraikan kecederaan yg dialaminya. Saya sedikit tersentak.

Katanya lagi, sejak dia pulih dari kecederaan itu, dia tidak mampu membaca al-quran. Dia kenal huruf al-quran, tapi tidak mampu membacanya. Berulang kali ke hospital termasuk pakar, semuanya dgn jawapan yg sama – masalah pd otaknya.

“Saya nak baca quran, ustaz. Saya rindu nak baca quran.”

“Tolong saya ustaz”, katanya dgn seribu pengharapan pd wajahnya.

Saya betul-betul tersentak. Inilah kes pertama yg saya jumpa, seseorang tidak mampu membaca al-quran, sdgnkan sebelumnya dia memang rajin membaca al-quran.

Sekadar ilmu yg saya ada, saya cuba membantunya. Dgn menasihatinya supaya dia terus berdoa kpd ALLAH, saya bacakan beberapa ayat al-quran pd segelas air untuk dia meminumnya.

Mudah2an dimudahkan ALLAH untuk dia kembali dapat membaca al-quran.

Betapa di luar sana, ramai yg sihat otaknya, tapi masih malas membaca al-quran. Semoga kita bukan salah seorang dpd mereka…….

Sumber :- http://islamtulen.blogspot.com/2010/11/allah-pasti-membantumu.html

Doa Solat Dhuha

ALLAAHUMMA INNADLDLUHAA-A DLUHAA-UKA WAL BAHAA-A BAHAA-UKA WAL JAMAALA JAMAALUKA WAL QUWWATA QUWWATUKA WAL QUDRATA QUDRATUKA WAL ‘ISHMATA ‘ISHMATUKA ALLAAHUMMA IN KAANA RIZQII FISSAMAAI FA ANZILHU WA IN KAANA FIL ARDLI FA AKHRIJHU WA IN KAANA MU’SIRAN FAYASSIRHU WA IN KAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU WA IN KAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU BIHAQQI DLUHAA-IKA WA BAHAA-IKA WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA AATINII MAA AATAITA ‘IBAADAKASHSHAALIHIIN.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuhaa adalah waktu dhuhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rezeki kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

By Testingunderground Posted in Doa

Selawat, tasbih dan doa solat Tarawikh

Panduan bacaan Selawat, Tasbih dan Doa solat tarawikh untuk Bilal dan makmum.

tarawikh
tarawikh1

tarawikh2

tarawikh3

tarawikh4

Bacaan Tasbih dan Selawat (selepas rakaat 4,8,12,16,20)

tarawikh5

tarawikh6

Doa hindari bala dan penyakit berjangkit

PAKISTAN-ASIA-QUAKE-MUSLIMS-PRAYER

Kerajaan Malaysia telah melakukan apa jua cara untuk mengekang merebaknya HIN1 walaupun banyak juga kritikan masyarakat awam tentang langkah-langkah kerajaan tersebut.

Satu aspek yang tidak boleh dilupakan sebagai seorang Muslim ialah memohon perlindungan kepada Allah Taala. Allah Taala mengingatkan betapa dekat Dia dengan hambanya sepertimana disebut dalam surah al-Baqarah

2_186-300x64

Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.

(Surah al-Baqarah: Ayat 186)

doa