Solat Istikharah

 

solat-istikhoroh
Assalamualaikum, apa khabar sahabat2 readers Ayu semua? Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah..
Post kali ni ayu nak berkongsi serba sedikit mengenai ‘SOLAT ISTIKHARAH’ yang mana sering dikaitkan dengan individu yang berada dalam keadaan keliru atau mencari2 jawapan kepada sesuatu.. fikir punya fikir, masih jugak buntu.. Sama ada dalam mencari jodoh atau sebagainya.
Selalunye kita sebagai manusia selalu je mencari jalan lain, contohnye pegi jumpa bomoh la, tukang tilik la… sedangkan Yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu kejadian adalahALLAH S.W.T. PadaNya lah seharusnya menjadi tempat pertama untuk kita mengadu.. Dia lah yang Maha Mendengar  rintihan hambaNya.. Dia lah  Yang Maha Mengasihani ke atas hambaNya.. Sedangkan manusia hanya gembira melihat kedukaan dan kejatuhan manusia lain.. kecuali orang2 yang menyayangi kita seikhlas hati.
Jadi apa kata, mulai hari ini, kita ubah cara kita. Dah x payah nak berhabis duit pegi jumpa bomoh bagai… sedangkan bomoh tu sendiri pon Allah yang tentukan untung rugi nasibnya kelak. Oklah, kat bawah ni ayu sertakan secara ringkas panduan mengerjakan‘Solat Sunat Istikharah’. Semoga bermanfaat, amin…
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
 
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:

“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

 

“Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat Istikharah Ini:
a.   2 rakaat, 1 salam
b.   12 rakaat, 6 salam
Cara Melaksanakannya:
 
1. Apabila hendak memulakan sembahyang, hendaklah meluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan ituelok dibuat ataupun tidak.
2. Setelah bersiap dengan wuduk, berdiri tegak serta menghadap kiblat, mulakanlah sembahyang dengan mengangkat takbiratul ihram dengan Lafaz dan Niat:
 
niat-solat-istikharah-sq
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah taala.”
 
 
3. Bacaan surah selepas Al-fatihah ialah:
Rakaat Pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas
4. Dalam sujuk terakhir (sujud kedua pada rakaat yang kedua), bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali:
tasbih-sujud-istikharah-sq
Ertinya: “Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.”
 
 
5.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
6.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
7.  Membaca doa solat sunat Istikharah:
doa-solat-istikharah-sq1
Ulangilah doa ini sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

solat istikharah2
Advertisements
By Testingunderground Posted in New

Kisah Guru, Pelajar dan Kentang

potato_greenasathistle

Seorang  guru bertanya kepada pelajarnya “Ada tak diantara kamu tak suka, iri hati, sakit hati, benci kepada kawan-kawan, guru-guru atau sesiapa sahaja?” sambung guru itu lagi “Cuba kira berapa ramai yang anda tak suka. Esok  saya nak kamu bawa ubi kentang dan kita akan buat ujikaji dengan ubi kentang tersebut”.

Seorang pelajar bertanya, “Kita nak buat apa dengan kentang tersebut dan berapa banyak yang kami perlu bawa cikgu”. Guru tersebut tersenyum seperti dia memang sedang menunggu soalan tersebut dan berkata ” Esok saya akan beritahu nak buat apa dengan kentang tersebut dan tolong bawa kentang bilangannya  sama dengan jumlah orang yang kamu benci atau tak suka tersebut. Ujikaji ini bertujuan untuk membantu kamu supaya mudah untuk fokus dalam pembelajaran kamu dan InsyaAllah dapat bantu kamu menghadapi ujian peperiksaan dengan tenang”.

Pada keesokkan harinya, para pelajar sudah bersiap sedia dengan kentang-kentang yang dibawa kecuali seorang pelajar yang tidak membawanya. Guru tersebut bertanya kepada pelajar tersebut kenapa tidak membawa kentang untuk ujikaji ini.

Pelajar tersebut menjawab “Saya tidak ada orang yang saya benci sebab itu saya tidak membawa kentang cikgu”. Guru tersebut berkata kepada pelajar tersebut, “Okey, tak mengapa kamu boleh memerhatikan sahaja ujikaji ini”.

Seterusnya guru tersebut meminta pelajar-pelajarnya mengukir nama setiap orang yang mereka benci diatas permukaan kentang. Pelajar pun mengukir nama orang yang mereka benci satu persatu sehingga semuanya selesai.

Kemudian guru tersebut memberikan beg plastik kepada setiap pelajarnya dan mengatakan bahawa “Kamu perlu masukkan kentang ke dalam beg plastik ini dan membawanya bersama-sama, kemana sahaja kamu pergi sehingga 1 minggu”.

Hari berganti hari, ramai pelajarnya mengadu kerana tidak tahan dengan bau kentang yang busuk dan belum pun sampai 1 minggu ramai mengeluh kerana mereka terpaksa bawanya kemana sahaja.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, dan mereka berasa lega kerana penderitaan sudah berkakhir.  Guru pun bertanya: ” Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?”. Maka keluarlah pelbagai keluhan dan rungutan dari pelajar-pelajar tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.

Si Guru pun menjelaskan apa erti dari ” permainan ” yang mereka jalankan. Si Guru berkata : ” Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk) kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya.

Selepas ini saya nak kamu semua memaafkan orang yang kamu benci kerana jika kamu membenci dan tidak memaafkan, ia akan menjadikan kamu orang yang busuk seperti kentang tersebut.
Kamu sendiri berasa tak selesa, macam mana kamu hendak fokus dalam pelajaran dan peperiksaan kamu.

Jika kamu memaafkan orang yang kamu benci, jiwa kamu akan berasa tenang dan tenteram, barulah kamu boleh fokus. Selama mana kamu tak maafkan orang, selama itulah kamu tak akan bahagia.
Akhirnya, pelajar-pelajarnya bermaaf-maafan termasuk guru mereka sekali dan kebanyakkan pelajarnya lulus peperiksaan dengan cemerlang.

p/s : semoga kita menjadi orang yang pemaaf…..
By Testingunderground Posted in New