Misteri Kehilangan Dr. Azam.

Salam,
Sekadar memanjangkan email. Beliau seorang doktor pelatih di hospital sultanah bahiyah Alor Setar. Sudah seminggu dilaporkan hilang tanpa ditemui oleh keluarga.
Disertakan gambar beliau sekiranya ditemui di mana2…Sila hubungi Ibunda beliau di talian 012-4948084. Faktor kehilangan maybe ada kena mengena dgn mistik.
Marilah kita berdoa agar Saudara Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri cepat ditemui dgn sihat walafiah.


Petikan Kosmo

Seorang doktor pelatih berusia 26 tahun hilang sejak empat hari lalu selepas keluar untuk bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini pada pagi Isnin lalu. Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sehingga semalam gagal dihubungi dan kehilangannya merupakan satu misteri kerana tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara dia dengan keluarga sebelum ini.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu menjalani program latihan perubatan di HSB sejak Oktober tahun lalu. Bapanya, Mohd. Nazri Wan Senik, 54, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan Mohd. Noor Azam ialah ketika menghantarnya ke HSB kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin lalu. Katanya, anaknya pada hari tersebut memakai kemeja berkolar warna kuning air, bertali leher dan berseluar hitam serta mengenakan uniform pegawai perubatan.“Bagaimanapun, ketika saya menghubunginya pada pukul 7 petang untuk mengambilnya pulang, panggilan telefonnya tidak berjawab menyebabkan saya terpaksa ke HSB kira-kira pukul 9 malam untuk mencarinya. “Kami pergi ke wad tempat dia bertugas dan dimaklumkan oleh petugas wad berkenaan bahawa dia tidak datang bekerja pada hari tersebut dan usaha mencari di sekitar hospital juga gagal menemuinya,” kata Mohd. Nazri ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya.

———
Kosmo

Petikan berita Harian

Doktor Mohd Noor Azam Mohd Nazri hilang sejak 4 hari lalu

May 20th, 2011 Donnyien
Share
JITRA: Doktor Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya di sini dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi anggota keluarganya sejak empat hari lalu.
Bapanya, Mohd Nazri Wan Senik, 54, berkata beliau menyedari kehilangan anak pertama dari lima beradik itu apabila gagal menghubunginya ketika hendak menjemputnya pulang dari tempat kerjanya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.“Saya banyak kali membuat panggilan tapi tidak berjawab, kemudian saya ke wad tempat dia bertugas dan dimaklumkan oleh petugas wad berkenaan yang dia tidak datang kerja.
“Masa saya hantar di ke HSB dia lengkap berpakaian seragam doktor dan tidak menyangka dia tidak masuk kerja seperti kebiasaanya.
“Saya cuba mencarinya di sekitar hospital itu tetapi gagal,” katanya di sini, hari ini.
Graduan dari Moscow Medical Academy itu sedang menjalani latihan di HSB sejak Oktober tahun lalu.
Ibu Mohd Noor Azam, Natrah Shaari, 52, berkata berikutan bimbang akan keselamatanan anaknya itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada Selasa bagi membolehkan pihak polis berusaha mencari anaknya.“Saya bimbang sesuatu yang buruk menimpanya. Dia seorang anak yang baik dan tidak membantah cakap orang tua malah hubungannya dengan keluarga amat baik.
“Saya merayu kepada orang ramai yang jumpa anak saya segera hubungi balai polis berhampiran bagi membolehkan dia kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Noor Azam boleh menghubungi IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222 atau Balai Polis Langgar, 04-7876222. – BERNAMA / Bharian
By Administrator Posted in News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s