Empat Pintu Empangan Timah Tasoh Dibuka

Empat pintu Empangan Timah Tasoh dibuka
Berita dari Kangar melaporkan yang Empangan Timah Tasoh mula melepaskan air berikutan kenaikan parasnya akibat hujan berterusan sejak semalam. 

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Nishad Mohamed Mohd Shaffy, berkata paras air di empangan itu meningkat ke paras 29.34 meter tengah hari tadi berbanding 29.27 meter pada sebelah pagi.

Beliau berkata empat pintu empangan telah dibuka setakat ini bagi mengawal paras air dalam empangan itu.

“Air dari empangan itu mengalir ke Sungai Perlis seterusnya ke laut,” katanya. 

Hujan sesekali lebat masih berlaku di Perlis dan ia dijangka berterusan sehingga esok.

Manakala daripada sumber sahih JPS Perlis diperolehi:
Nasihat hujan lebat dan ribut petir pada peringkat jingga dikeluarkan pada 11:00 pagi 29/03/2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di Negeri Perlis dan Kedah dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

Sementara itu beberapa tempat telah didapati dinaiki air.

Sumber rujukan:

BERNAMA

JPS Perlis
p/s – Adakah sejarah banjir 2010 di Perlis dan Kedah akan berulang? Apa-apa pun, semua perlu berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk menghadapi bencana ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s