The Moon – Great gift from Allah

21:33

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)

Bulan

Tidak ada pencerapan atau pengukuran sains kemaskini yang bercanggah dengan ayat al-Quran.

Malahan ketepatan ayat-ayat ini, yang wujud semasa pengetahuan sains manusia masih dalam peringkat permulaan, menjadi salah satu bukti yang dapat meyakinkan setiap Muslim bahawa al-Quran berpunca daripada Pencipta yang serba mengetahui. Al-Quran bukanlah sebuah buku astronomi dan tidak boleh dikaji sedemikian rupa.

Al-Quran menyatakan tentang langit, bumi serta fenomena astronomi secara umum. Kitab ini memberi peringatan kepada manusia dan menyuruh manusia menggunakan fikiran untuk mencari pengertian tentang kewujudan langit, bumi serta apa-apa sahaja yang terkandung di antara kedua-duanya seperti berikut (maksudnya):

52:35

52:36

“Apakah mereka dicipta tanpa sesuatu ataukah mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah mencipta langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak yakin (terhadap Allah).” (Surah Al-Tur: 35-36)

Cemuhan ayat di atas terhadap mereka yang menafikan kewujudan Pencipta hebat sekali, begitu juga ejekan tentang kepercayaan mereka yang tidak logik. Sekali lagi al-Quran menggunakan langit dan bumi untuk menekankan Pencipta dan yang tercipta (maksudnya):

13:2

“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. (Surah al-R´ad: 2)

Abul Ala Maududi menerangkan bahawa ungkapan ´menundukkan matahari dan bulan´ bermakna matahari dan bulan mengikut hukum-hukum yang ditentukan oleh Allah. Selanjutnya beliau bertanya, bukankah alam semesta ini, matahari, bulan, bumi serta jasad cakerawala lain merupakan satu sistem sempurna yang mengikut hukum-hukum tabii yang sama? Kata beliau, tidak ada sistem tanpa pentadbirnya, tidak akan ada hukum-hukum (undang-undang) tanpa pencipta dan penguatkuasanya dan tidak akan ada pengetahuan jika tidak ada orang yang memiliki pengetahuan itu. Beliau menekankan hakikat ini menjadi hujah tentang wujudnya Allah yang mencipta, mentadbir dan yang Maha Mengetahui alam semesta ini.

21:22

“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan”. (Surah al-Anbiya: 22)

2:189
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Baqarah , ayat 189)

Download Wallpaper Dengan Pelbagai Saiz

Sumber :

Download Di Sini| Size Availability

(1024 x 576)

(1280 x 720)

(1792 x 1008)

(2560 x 1440)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s