Bisfenol A dalam Botol Susu Bayi

Menurut berita di Buletin Utama malam tadi, Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia ‘Bisphenol A’ (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012.

Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol.  

Kod-kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu

1 | PET –> PolyEthylene Terephthalate
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.
*) panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer
*) botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral

2 | HDPE –> High Density PolyEthylene
*) hanya untuk sekali pakai
*) lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik
*) kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware

3 | V –> PolyVinyl Chloride
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas
*) mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati
*) digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)

4 | LDPE –> Low Density PolyEthylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) sukar berinteraksi dengan makanan
*) kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut

5 | PP –> PolyPropylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi

6 | PS –> PolyStyrene
*) nama populer = styrofoam
*) hanya sekali pakai. tidak tahan panas.
*) mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf

7 | OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
*) SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.
*) ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.
*) PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.

lambang
Info MOH: Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

1. Nombor 7 – 
2. Nombor 7 dan PC – 
3. Nombor 7 dan ‘other’ – 

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. 

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Kami percaya bahawa hampir semua botol susu jika tidak semua botol susu plastik diperbuat daripada bahan poli karbonat atau PC. Tetapi penggunaan PC untuk tujuan tersebut mewujudkan kebimbangan besar dari segi sebatian 2,2-Bis(4-Hidroksifenil) Propana atau 2,2 Bis (4-HydroxyPhenyl) Propane atau (Bisphenol A). Nama popularnya adalah BPA. BPA adalah sebatian asas pembuatan bahan PC. PC juga digunakan untuk membuat bekas makanan dan minuman.

Pelbagai pihak industri plastik terutamanya yang menyokong pendapat bahawa BPA adalah selamat menyangkal pendapat bahawa BPA adalah merbahaya pada tahap yang dijumpai dalam badan manusia. Walaubagaimanapun, perkembangan terbaru dalam kajian penilaian BPA dan kesannya pada kesihatan telah dilaporkan dari beberapa buah negara dan agensi-agensi mereka (seperti, kerajaan dan ahli kajian kepentingan awam).

Pakar-pakar dalam Jawatankuasa Standard Industri di bawah Jabatan Standard Malaysia iaitu ISC J dan MPMA (yang merupakan organisasi penuliasn standard) sudah semestinya sedia maklum bahawa BPA adalah penghalang endokrin (endocrine disruptor); bermakna ia mengganggu fungsi hormon dalam benda hidup. BPA pada mulanya digunakan sebagai hormon buatan bagi mengawal masalah mengandung wanita. Penggunaanya dihentikan selepas ubat baru dijumpa. Tetapi pada masa tersebut, industri plastik telah menemui kegunaan baru untuk BPA iaitu pembuatan plastik Poli Karbonat atau PC.

Sebagai penghalang fungsi endokrin, BPA menyebabkan sel bertindak seakan-akan sama dengan tindakan sel tersebut terhadap hormon estradiol (hormon estrogen). BPA bergabung dengan reseptor berkaitan dengan estrogen tetapi tidak boleh menggantikan aktiviti estrogen. Akibatnya BPA mungkin memberikan kesan estrogen palsu kepada badan, mengganggu keseimbangan hormon yang diperlukan bagi perkembangan manusia yang sihat.

Ujian pada haiwan mengaitkan pendedahan pada dos yang rendah kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius termasuk:

–    kanser prostat dan payudara
–    pencapaian akil baligh awal
–    kegemukan
–    hiperaktiviti
–    bilangan sperma yang rendah
–    masalah keguguran dalam kandungan
–    diabetes
–    perubahan sistem ketahanan(1)

Pendedahan terhadap Bisfenol A adalah luas. Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (US CDC) mendapati 95% orang Amerika yang diuji mempunyai tahap BPA dalam badan yang boleh dikesan(2)Satu lagi kajian pada tahun 2008 menunjukkan bahawa tahap BPA yang dijumpa dalam badan manusia adalah paling kurang dalam dewasa, sederhana pada remaja dan paling tinggi dalam kanak-kanak(3) Ikatan kimia antara molekul BPA adalah tidak stabil. Oleh itu dengan masa, BPA akan menjerap ke dalam makanan atau minuman dalam bekas yang diperbuat daripada bahan yang mengandungi BPA (contohnya susu)(4). Satu kajian yang dilakukan di Universiti Cincinnati, Amerika Syarikat mendapati penjerapan BPA daripada botol Nalgene (satu jenama botol susu bayi popular di Amerika Syarikat)(5).

Pada bulan Ogos 2007, Kumpulan Kerja Alam Sekitar di Amerika Syarikat telah menjumpai BPA telah menjerap daripada lapisan dalam tin makanan bayi berjenama popular. Pada Mac 2007, ujian oleh makmal-makmal bebas telah menjumpai BPA dalam lebih separuh daripada 97 tin makanan seperti buah-buahan, sayur-syauran, soda dan lain-lain makanan tin yang biasa dijumpai.(6)


Kajian dan Penilaian terhadap Kehadiran dan Kesan BPA
 

Pelbagai kajian dan penilaian telah dilakukan oleh kumpulan industri, agensi kepentingan awam bebas dan kerajaan. Banyak yang menuntut bahawa tahap BPA yang dijumpai dalam badan manusia pada masa sekarang tidak memudaratkan kesihatan. Tetapi banyak kajian lain yang tidak menggalakkan penggunaan PC terutamanya untuk bekas makanan dan minuman bayi dan kanak-kanak.

Oleh itu, banyak negara yang menangani isu-isu yang tiada kepastian ini menggunakan prinsip ’precautionary’ (berjaga-jaga). Dengan itu banyak negara telah menetapkan (dalam sesetengah kes telah menghadkan dalam undang-undang) had BPA berdasarkan pengambilan mikrogram/berat badan.



Precautionary Principle

When an activity raises threats of harm to the environment or human health, precautionary measures should be taken even if some cause and effect relationships are not fully established scientifically. “Key elements of the principle include taking precaution in the face of scientific uncertainty; exploring alternatives to possibly harmful actions; placing the burden of proof on proponents of an activity rather than on victims or potential victims of the activity; and using democratic processes to carry out and enforce the principle-including the public right to informed consent.



Posisi Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Standards Users sedar bahawa tiada bukti konklusif yang tahap BPA yang dikesan dalam badan manusia pada masa kini memudaratkan kesihatan manusia. Tetapi kerisauan kami adalah untuk bayi dan kanak-kanak. Berdasarkan maklumat di atas kandungan BPA paling tinggi dikesan pada kanak-kanak dan bayi.

Standards Users risau penggunaan PC dan seterusnya BPA yang meningkat akan untuk membuat bekas makanan dan minuman mungkin menyebabkan pengambilan BPA yang tinggi di kalangan kanak-kanak dan bayi.

  1. Kami menegaskan supaya pendekatan prinsip ’precautionary’ (berjaga-jaga) digunakan dalam perkara BPA dan PC untuk kanak-kanak dan bayi dan menyahut supaya ulasan MS 735 menyatakan penentuan tahap BPA dalam spesifikasi botol susu. (sehingga bukti lanjut diperolehi)
  2. AKta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 (Jadual Ke-tigabelas) tidak menyatakan tahap untuk BPA atau menangani kerisauan berkaitan penggunaan PC untuk membuat botol susu. Oleh itu jika MS 735 merujuk kepada Akta dan Peraturan tersebut mungkin menjelaskan beberapa isu berkaitan bahan pembungkus tetapi tidak merangkumi perkembangan baru dalam kajian BPA dan botol susu bayi PC.
  3. Oleh kerana tiada mekanisma untuk mengawal pendedahan kanak-kanak dan bayi terhadap BPA, MS 735 yang merupakan standard sukarela harus cuba mengatasi kekurangan ini. Sekurang-kurangnya botol susu dengan tanda MS mmberikan kepastian yang lebih tinggi kepada pengguna tentang tahap keselamatannya, berbanding botol tanpa tanda MS. (Tanda MS juga boleh menunjukkan bahawa tahap BPA adalah kurang daripada tahap yang dipercayai memudaratkan kesihatan.
  4. Banyak negara maju telah menetapkan tahap untuk BPA dan mungkin akan mengikut langkah Kanada untuk melarang penggunaan BPA untuk bekas makanan. Semasa artikel pertama ini ditulis pada Jun 2008, kedai-kedai seperti Toys R Us, Bay r Us dan Wal Mart contohnya di Amerika Syarikat dan Kanada telah mengurangkan stok botol PC secara berperingkat dan menggantikan dengan botol kaca atau alternatif bebas BPA. Persoalannya adalah, apakah akan berlaku kepada negara yang tiada perundangan sedemikian? Adakah Malaysia menjadi destinasi longgokkan botol susu yang tidak selamat.
  5. Jika ISC J tidak percaya bahawa kes di atas tidak cukup mendesak maka sesi perbincangan yang lebih lama diperlukan untuk mendapatkan input yang lebih daripada pelbagai pihak-pihak berkepentingan. Kumpulan Kerja MPMA tiada penglibatan pengguna dalam pembangunan MS 735. Maka, masa rundingan yang diberikan adalah singkat jika dipertimbangkan banyak isu dan yang saling bercanggah yang perlu di kenalpasti dan diselesaikan berkaitan keselamatan BPA dalam bekas makanan dan minuman PC.

Standards Users meminta kumpulan kerja botol susu plastik di bawah ISC J untuk Plastik dan Produk Plastik memasukkan penentuan tahap dan menghadkan tahap BPA dalam botol susu plastik.

Standard jenis ini (dengan pelbagai ketidakpastian berkenaan risiko) harus diulas lebih kerap untuk memastikan ianya kekal relevan kepada mereka yang menggunakannya.


Rujukan:

  1. Gibson, R.L., 2007. Toxic Baby Bottles: Scientific study finds leaching chemicals in clear plastic baby bottles. Environment California Research & Policy Center)
  2. Calafat, A.M., et al. 2005. Urinary Concentrations of Bisphenol A and 4-Nonylphenol in a Human Reference Population. Environmental Health Perspectives 113:391-395.)
  3. Calafat, A.M., et al. 2008. Environmental Health Perspectives. Vol. 116, pp. 39–44.
  4. Gibson, R.L. 2007. Toxic Baby Bottles: Scientific study finds leaching chemicals in clear plastic baby bottles. Environment California Research & Policy Center.
  5. University of Cincinnati. 2008. Plastic Bottles Release Potentially Harmful Chemicals (Bisphenol A) After Contact With Hot Liquids. ScienceDaily. Retrieved January 30, 2008, from http://www.sciencedaily.com–/releases/2008/01/080130092108.htm)
  6. Environmental Working Group. 2007. EWG’s guide to infant formula. Retrieved January 30, 2008 from http://www.ewg.org/reports/infantformula .
By Administrator Posted in Health

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s