Dunia Hantar Bantuan ke Jepun

GENEVA: Masyarakat antarabangsa mula menghantar pasukan bantuan bencana pada Sabtu untuk membantu Jepun selepas dilanda gempa bumi kuat dan tsunami, manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula menghantar satu pasukan untuk membantu mengkoordinasikan tugas-tugas.

“Kami dalam proses menghantar 9 orang pakar yang paling berpengalaman menangani malapetaka. Mereka akan membantu menganggarkan keperluan dan mengkoordinasikan bantuan dengan pihak berkuasa Jepun,” kata Elisabeth Byrs, jurucakap Pejabat PBB mengenai Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Pasukan bantuan bencana PBB termasuk beberapa orang jurucakap Jepun dan seorang pakar alam sekitar, katanya.

Satu letupan memusnahkan bumbung sebuah kilang reaktor nuklear di utara Tokyo, pada Sabtu, mencetuskan kebimbangan tentang peleburan radioaktif yang membahayakan.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano memberitahu bahawa satu kebocoran radiasi berlaku di kilang kuasa nuklear Fukushima Daiichi milik Tokyo Elektric Power Co (TEPCO).  

Gempa bumi berukuran 8.9 – paling kuat dicatatkan di Jepun – mencetuskan tsunami setinggi 10 meter melanda bandar-bandar di seluruh kawasan pantai timur laut Jepun pada Jumaat. Media Jepun menganggarkan sekurang-kurang 1,300 orang tebunuh.

PBB mengumumkan lewat Jumaat bahawa empat pasukan pencari dan penyelamat asing (Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat) sedang dalam perjalanan selepas menerima permintaan bantuan dari Jepun.

Singapura turut menghantar pasukan pencari dan penyelamat urban ke Jepun pada Sabtu, manakala Switzerland mengumumkan akan menghantar lebih kurang 25 pakar penyelamat dan perubatan serta pasukan anjing pengesan. Britain juga mengesahkan akan menghantar bantuan selepas menerima permintaan daripada Jepun.

Pasukan penyelamat Switzeraland akan mengetuai pasukan mencari mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan akibat tsunami, kata Toni Frisch, Ketua Unit Bantuan Kemanusiaan Swiss.

Unit Swiss itu adalah sebuah kor militia yang dianggotai sekurang-kurang 700 ahli yang bersiap sedia untuk dihantar bertugas, masing-masing mempunyai kepakaran di bidang kejuruteraan, seismologi, telekomunikasi dan peperangan.- Reuters

Pemandangan keadaan hari ini pesawat ringan dan kenderaan-kenderaan lain disapu aliran tsunami semalam di kawasan Natori. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) meminta Pasukan Penilaian Pantas, Unit Bantuan Kecemasan dan sukarelawannya bersiap sedia menghadapi kemungkinan dihantar ke Jepun untuk memberi bantuan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku semalam.Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus hari ini berkata sekiranya penghantaran perlu dibuat, Pasukan Penilaian Pantas Mercy Malaysia akan membuat penilaian di lapangan untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan di kawasan terjejas.

“Kami bekerjasama rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan sering berhubung dengan Kedutaan  Malaysia di Tokyo,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau juga melahirkan perasaan dukacita Mercy Malaysia tentang kemalangan jiwa akibat gempa bumi dan tsunami itu serta mengucapkan simpati kepada keluarga terlibat.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun tengah hari semalam dan menyebabkan wilayah timur laut negara itu dilanda tsunami setinggi 10 meter. Setakat ini, sekurang kurangnya 1,000 orang dilaporkan maut akibat bencana alam itu. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s