Kisah Masjid Kobe Jepun

Siri pengeboman daripada 17 Mac sehingga 30 Jun 1945 oleh pesawat pengebom milik Amerika Syarikat, American B-29 telah meranapkan hampir keseluruhan bangunan-bangunan di bandar Kobe. Ekonomi bandar Kobe turut sama runtuh akibat daripada pengeboman besar-besaran Amerika Syarikat tersebut. Kobe yang dahulunya menempatkan kilang industri dan perlabuhan terpenting Jepun telah musnah teruk hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

Dianggarkan bahawa sebanyak 8,841 nyawa penduduk Kobe terkorban samada akibat daripada impak pengeboman dan kebakaran yang dasyhat. Manakala penduduk Kobe yang terselamat pula kehilangan seluruh rumah dan desa penempatan mereka. Dengan kata lain, ia bagaikan padang jarak padang terkukur. Impaknya sungguh dasyhat sehingga novelis kelahiran Jepun, Akiyuki Nosaka mengabadikan nostalgia tersebut dalam novel terkenal karyanya, A Grave of Fireflies.

Namun, tahukah pembaca semua bahawa terdapat sebuah keajaiban yang perlu pembaca ketahui selepas siri pengeboman dasyhat itu berakhir. Apakah keajaiban tersebut?  

Masjid yang tidak musnah

Di saat bangunan di sekelilingnya rebah menyembah bumi, bangunan yang dijadikan masjid di Kobe atau lebih dikenali sebagai Kobe Muslim Mosque langsung tidak terusik. Bagai mempunyai kekebalan yang luar biasa, Kobe Mosque hanya mengalami ‘luka-luka’ ringan sahaja. Hanya kaca tingkap yang musnah akibat kekuatan ledakan bom dan juga bahagian luar bangunannya yang retak sedikit impak daripada bom. Walaubagaimanapun, warna asal Kobe Muslim Mosque bertukar menjadi hitam akibat asap yang dihasilkan oleh bom dan jelaga daripada bangunan sekitarnya yang terbakar teruk.

Hanya Kobe Muslim Mosque(dalam bulatan) yang berdiri teguh miskipun bangunan di sekelilingnya hancur lebur dibom Amerika Syarikat.

‘Kekebalan’ Kobe Muslim Mosque turut melindungi tentera-tentera Laut Jepun yang berlindung di dalamnya. Malahan, senjata yang disimpan di dalamnya juga tidak musnah. Dan ia merupakan satu-satunya peralatan perang yang berjaya diselamatkan oleh tentera Jepun daripada serangan bom tersebut. Namun, jumlah senjata yang terselamat tidak mampu menyelamatkan Jepun daripada menyerah kalah kepada Pakatan Berikat pada Julai 1945.

Ia amat menakjubkan lebih-lebih lagi gambar di mana Kobe Muslim Mosque tidak rosak mahupun musnah telah diabadikan dalam banyak imej dan novel berkaitan dengan bandar Kobe era Perang Dunia Kedua.

Bagaimana boleh Kobe Mosque dibina di tengah-tengah bandar Kobe?

Kobe mengalami pengembangan Islam yang sangat pesat menjelang kurun ke-20. Ia disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Turki-Tartar yang beragama Islam ke Kobe setelah berlaku peralihan kuasa daripada sistem monarki kepada sistem Komunis pada tahun 1917 di Rusia. Sejak daripada peralihan kuasa itu, pemerintah Komunis yang diketuai oleh Vladimir Lenin dengan rakusnya menceroboh negara-negara jirannya yang lemah termasuk negara yang dikuasai oleh orang Islam. Pemerintah Jepun yang bermusuhan dengan Rusia telah memberi suaka kepada seluruh pelarian beragama Islam tersebut di Jepun terutama di bandar Kobe.

Masjid ini menjadi mencu tanda bandar metropolitan Kobe. Ia masih digunakan oleh umat Islam Kobe sehingga ke hari ini.

Sejak daripada detik tersebut, Islam terus berkembang pesat di Kobe sehingga berdirinya sebuah masjid yang pertama di Jepun iaitu Kobe Muslim Mosque pada Oktober 1935. Masjid yang didirikan atas dasar ketaqwaan kepada Allah swt ini telah dibantu dengan tajaan wang oleh Sultan Turki Othmaniyyah dan Komuniti Muslim Kobe. Bangunan bersejarah ini telah direka persis seperti Masjid Biru di Turki oleh seorang arkitek berbangsa Czech, Jan Josef Svagr. Ia siap sepenuhnya pada Oktober 1935 dan digunakan secara rasminya sejak daripada tarikh tersebut sehingga ia diambil oleh Tentera Laut Imperialis Jepun pada 1943. Namun, selepas terselamat daripada binasa semasa pengeboman besar-besaran pada tahun 1945, masjid ini telah diberi mandat untuk digunakan secara bebas oleh seluruh umat Islam Kobe tanpa sebarang masalah dan birokrasi kerajaan.

Terselamat daripada musnah buat kali KEDUA

Samaada ia adalah kebetulan ataupun rahmat Allah Taala di bumi Kobe, Kobe Muslim Mosque sekali lagi terselamat daripada binasa pada 17hb Januari 1995 susulan gempa bumi berukuran 6.5 MMS(moment magnitude scale). Gempa bumi dashyat itu memusnahkan hampir keseluruhan sistem penghubungan bandar Kobe terutama Hanshin Expressway, Kobe Rapid Railway dan pelabuhan Kobe. Pelabuhan Kobe yang dulunya adalah pelabuhan paling sibuk di Jepun telah rosak teruk sehingga ia jatuh ke tangga ketiga selepas daripada tragedi Januari 1995 itu.

Tragedi yang dikenali sebagai Hanshin Great Earthquake ini telah memakan korban sebanyak 6,434 orang di seluruh bandar Kobe manakala 300,000 orang mangsa yang terselamat pula kehilangan tempat tinggal. Tetapi, alangkah ajaibnya apabila melihat bangunan masjid yang berusia hampir tujuh dekad ini masih lagi tersergam indah tatkala bangunan moden yang baru berusia satu dekad atau kurang runtuh menyembah bumi.

Masjid Kobe lama

Masjid Kobe Baru

Itulah kekuasaan Allah swt terhadap rumah-Nya daripada sebarang bencana dan kerosakan. SubhanaAllah.

By Administrator Posted in New

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s