Kena Tindih @ Lumpuh Waktu Tidur (Sleep Paralysis)

Anda pernah dihimpit hantu ketika sedang tidur? Mungkin semua orang pernah mengalami situasi ini. Sekiranya kejadian ini berlaku, kita seperti kena tindih, tidak boleh menggerakkan seluruh badan walaupun dalam keadaan sedar dan mata separuh terbuka. Masa tu, mulalah nampak benda yang bukan-bukan. Makhluk hitam dan sebagainya. Geram betul kalau benda tu berlaku. Mulut mulalah terkumat-kamit baca Ayat Kursi tapi still tak boleh gerak juga. Lepas dah lebih kurang 5 minit, baru boleh bergerak. Seram sejuk jugalah.

Fenomena Hantu Tindih (gambar hnayalah hiasan)

Fenomena Hantu Tindih (gambar hanyalah hiasan)

Masa kat asrama dulu, member-member pernah kena tindih/himpit hantu ni. Biasanya berlaku selepas balik kuliah dalam keadaan penat dan selalunya berlaku masa mula nak tidur-tidur ayam. Masa tu, rasa sesak nafas, dengar bunyi mengilai lah, terasa ada benda cuit-cuit badan saya. Seram siot..

Tapi setelah saya terbaca artikel berkenaan fenomena ni, barulah saya tau kebenaran di sebalik fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis atau dalam Bahasa Melayunya ialah ‘lumpuh waktu tidur’ keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).

Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggilReticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory(bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kita kena himpit hantulah, bunyi mengilai lah. Pernah juga terjadi kepada saya, macam hantu tu tepuk-tepuk punggung saya. Kurang asam betul!! Tapi bila dah baca artikel pasal sleep paralysis ni, hilang risau saya. Hiks!

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)

4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi berenang kat laut, panjat gunung dan lain-lain)

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang dengan ahli mesyuarat tingkap)

So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Bukan hantu atau perogol bersiri. Cuma sleep paralysis saja. Anda juga boleh baca artikel mengenai sleep paralysis ini di sini. Oleh itu cara tidur yang betul adalah perlu dan kita telah pon diajar cara tidur yang sebenarnya..cuma kita tak amalkan shj. Marilah kita sama-sama mengamalkannya semula.

Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam
1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur.Jika anda sudah berkahwin,latih anak-anak anda tidur awal juga.

2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.

3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini “Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah.Untuk memenuhi fitrah badan aku.Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula.Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti.”

4) Tetapi,niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja.Itu saya baca begitu.Bukankah Islam itu mudah?Anda boleh search di internet untuk niat lebih formal.

5) Kemudian,tidurlah anda.Sebelum tidur itu,berwudhu’lah dahulu seelok-eloknya.Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas,Al-Falaq dan An-Naas.Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.

6) Kemudian,dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 1.30 AM.Ini kerana waktu itu,kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun.Ini kajian sains pun ada sebut.

7) Kemudian,bangunlah kita.Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat.Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.[link]

8) Kemudian,jika anda masih mampu,bacalah sedikit Al-Quran.Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk.Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini “Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti”.

9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan alarm untuk bangun subuh pula.

10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam.Iaitu sehingga 2.30 AM.Jadi,kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)

11) Tetapi,setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh.Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh.Dan ketika sedar sahaja,pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.

12) Lawan perasaan malas anda.Itu hanyalah syaitan.Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan?Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.

13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya.Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW.Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.

14) Nampak?

15) Dan kemudian,apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari),berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata take a cat nap.Ianya bagus untuk kesihatan.Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.

16) Jangan tidur selepas asar.Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).

17) Dan apabila sampai malam,apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah,tentulah susah bukan?Jangan risau.

18) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara.Iaitu keberkatan Allah SWT,kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.

Perkara Rutin Kehidupan Seharian Yang Perlu Anda Ubah Untuk Mencapai Matlamat Ini

1) Kurangkanlah berhibur.Adakah anda fikir hiburan itu semua dapat membantu anda di akhirat kelak?Tiada guna menonton rancangan-rancangan yang tiada nilai kebaikan itu semua.Tiada guna anda duduk depan Facebook 24 jam mengharap akan keluarnya notification baru.

2) Tekad dan Istiqamah.Lakukanlah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Anda hidup di dunia ini kerana Allah SWT mengizinkannya.Janganlah lupa kepada-Nya.Jika anda bersolat tahajud dan lengkap solat fardhu,pasti Allah akan membantu anda dalam hidup di dunia dan akhirat.

3) Jangan fikirkan orang lain punya kritikan.Ya.Hidup di zaman moden.You know.Malam masih muda selagi jam masih lagi belum menunjukkan pukul 5 pagi.Walaubagaimanapun,itu bagi mereka yang tiada ilmu.Jika anda masih mahu mengikut mereka,teruskan.Jika mahu menjadi hamba Allah yang mendapat berkat-Nya,ubahlah cara hidup.

4) Anda perlu untuk menambah ilmu anda juga.Jika anda tiada ilmu,ibadat anda itu kosong.Jika anda berilmu,anda akan dapat menghayati perbuatan anda.Sebagai contoh,jika anda ada ilmu tentang wudhu’,anda akan tahu betapa besarnya kebaikan berwudhu’ itu.Jika tidak,anda tidak lebih sekadar berwudhu’ kosong.

Tetapi,Bagaimanakah Jika Saya Duduk Di Hostel?

Mungkin itu persoalan yang melanda anda.Ya.Bagaimana anda mahu tidur awal jika anda menginap di asrama.

Itulah masalah kita pada hari ini.Oleh kerana kita hidup terlampau berpaksikan nafsu,kita tidur lewat,berjaga malam tanpa berbuat apa-apa membuang masa.

Itulah pentingnya anda untuk tidak membuat bising di dalam bilik.Ini tidak,hatiroommate tidak pernah dijaga.Bising.Memasang lagu sekuat-kuatnya.Headphonebukankah ada?

Jadi,jika anda tidur di hostel,anda mungkin boleh pergi tidur di surau.Atau pergi tidur di bilik orang yang senyap buat beberapa jam sebelum bangun solat malam.Jangan bimbang.Jika ada kemahuan,di situ ada jalan.Allah pasti membantu.

Tentang rakan yang membuat bising dalam bilik,bersabar sahajalah dengan mereka ini.Pelik juga.Mereka ini tidak ada rasa bersalah ke tidak bangun subuh?

Mungkin sebagai permulaan,anda boleh sebarkan isi artikel saya ini kepada kawan anda?Atau sharekan di Facebook. Mana tahu,pihak berkenaan mungkin terasa dan mengubah sikap. Malah,mungkin beliau dan anda akan turut bersama-sama tidur awal.Indah bukan?

By Administrator Posted in Health

2 comments on “Kena Tindih @ Lumpuh Waktu Tidur (Sleep Paralysis)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s