Nabi Muhammad S.A.W disebut dlm kitab Hindu?

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad,
dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar

bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang
terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad saw.

Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku
dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara.
Jikalau sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan
ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik
balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak
dibenarkan untuk diulang cetak.

Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak
berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa
pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor
khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.      

Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya
sebagai “Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu
Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan
tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya
dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah
perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang
dimaksudkan.

Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah
sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu
mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan
pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini
menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung,
sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang
lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari
kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan
kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan
bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk
pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur’an telah
memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat
pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu
tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama
hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai
VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut,
akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT =
Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab,
tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa
kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang
didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki
Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah
lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat
disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi
Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh
setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku
ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan
dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat
dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki
Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar
Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi
serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat
Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga
kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad
S.A.W dalam peristiwa Isyra’ dari masjidi haram diMekah
ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi’raj nabi kelangit ke 7 dengan
menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan
pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah
telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam
peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada
12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah
dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang
penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan
dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun
pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan
pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah
sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu
tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur’an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai
Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh
penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah
yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w
dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya
berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Dipetik dari :

http://fakhta-marzuki.blogspot.com/2009/11/nabi-muhammad-saw-dalam-kitab-hindu.html

By Administrator Posted in New

2 comments on “Nabi Muhammad S.A.W disebut dlm kitab Hindu?

    • The topic in this article is about comparing description about Kalki Avatar to Nabi Muhammad S.A.W.. and u agree with the fact …is good.. that mean Kalki Avatar maybe Muhammad S.A.W…….but If u ask me if I believe Vishnu is Allah ? ..You must compare the description between Vishnu and Allah which describe by Muhammad S.A.W…surely u know the answer already….So should i believe Vishnu is Allah..u also know the answer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s