Peningkatan Prestasi Komputer

Advertisements
By Testingunderground Posted in New

Introduction to Virtualization

Perjalanan atas Sirat Mustaqim

https://i2.wp.com/www.rf3-up.com/uploads/up1/Haamsat-Net-1e170da75e.jpg

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim  adalah berbagai diantaranya ialah :

  1. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
  2. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
  3. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
  4. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
  5. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
  6. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
  7. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
  8. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
  9. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
  10. Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

 

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Continue reading

By Testingunderground Posted in New

Recap Bab Taharah

Allah berfirman:

“Allah tiada menghendaki untuk menjadikan kesukaran ke atas kamu, akan tetapi Dia menghendaki untuk mensucikan kamu.”

(al-Maidah:7)

Allah berfirman lagi:

“Padanya ada orang-orang yang suka sekali bersuci dan Allah mencintai orang-orang yang bersuci itu.” (at-Taubah: 109)

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Kunci sembahyang adalah bersuci.”

“Agama itu didirikan atas kebersihan.”

Orang-orang yang mempunyai pandangan yang jauh dapat mengambil kesimpulan dari keterangan-keterangan ini, bahawa perkara yang amat penting sekali ialah mensucikan kebatinan, kerana jauh sekali maksud dari Hadith berikut ini:

“ Kesucian itu adalah setengah dari iman.”

Iaitu hanya untuk mensucikan kelahiran saja, yakni dengan menyirami tubuh dengan air dan mengalirkannya ke seluruh anggota badan, sedangkan kebatinannya tetap rosak dan ditinggalkannya terisi dengan anasir-anasir yang jahat dan kotor-kotoran. Alangkah jauh sekali ia boleh bermaksud demikian.

Continue reading

By Testingunderground Posted in New Tagged

Puasa Enam Syawal

Puasa enam Syawal

Dua jenis amalan menentukan peribadi seseorang Muslim iaitu amalan wajib dan amalan sunat. Wajib bermaksud sesuatu yang dituntut untuk melakukannya dan berdosa jika ditinggalkan seperti solat fardu, puasa pada Ramadan dan membayar zakat.

Sunat pula bermaksud sesuatu yang dianjurkan untuk melakukannya dan tidaklah berdosa jika ditinggalkan. Antara contoh amalan sunat ialah solat, mengucapkan amin apabila membaca fatihah dalam solat dan banyak lagi.

Walaupun meninggalkan amalan sunat tidaklah menyebabkan berdosa, ia adalah amalan sangat disukai Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Continue reading

By Testingunderground Posted in New

Apa yg tak kena dengan iklan TV3 2010?

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia,TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Continue reading

By Testingunderground Posted in New

Hotel yang laksanakan syariah compliant

Mohd Nazri Abdullah


Dalam pemikiran masyarakat kita, bidang perhotelan lazimnya disinonimkan dengan perkara-perkara negatif. Sebut sahaja ‘hotel’ pelbagai imej mula digambar di benak pemikiran termasuk ruang bar dengan botol araknya, pelacur-pelacur kelas atasan serta aktiviti perjudian.

Jika pun tanggapan sesetengah pihak tidak sampai ke situ, namun ‘hotel’ tetap dipalit sedikit sebanyak dengan unsur kemaksiatan dalam aspek-aspek tertentu.

Sekali berkunjung dan menetap di mana-mana rangkaian hotel De Palma, mungkin paradigma anda terhadap bidang perhotelan akan berubah.

Malah mungkin anda juga mampu membuat kesimpulan bahawa anda bukan berada di hotel, tetapi di sebuah pusat Islam atau tidak keterlaluan untuk dikatakan seperti menginap di sebuah masjid.

Melangkah masuk sahaja ke hotel ini, anda tidak akan bertemu dengan seorang pun pekerjanya khususnya perempuan muslim yang tidak menutup aurat.

Continue reading