Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 | 31 August 2010

Tema – 1Malaysia Menjana Transformasi

Persoalannya, adakah tema ini bertepatan dan mampu dicapai? Apakah transformasi yang mampu dan mahu dijanakan? Mengucapkan lebih mudah dari mengotakan dan bak kata pepatah “Action is Better than Word”.

Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

Tema Hari Kemerdekaan begitu unik dan cantik sekali, namun pendekatan dan usaha bersama pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai penting bagi mereliasasikan tema tersebut. Kalau ditanya, mungkin ramai yang tidak mampu menjawab dengan betul apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia Menjana Tranformasi, termasuklah diri sendiri.


MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan ‘Stadium Merdeka’.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato’ Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato’ Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato’ Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. ‘God Save The Queen’ berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik ‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut “Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka”. Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Perdana Menteri Malaysia Pertama – BAPA KEMERDEKAAN

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 – 1970)

Untuk maklumat lanjut tentang Tunku Abdul Rahman sila klik disini
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.
Stadium Merdeka
Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957
Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.



Tema Hari Kemerdekaan

1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000- 2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan
2010 1Malaysia Menjana Transformasi

Lagu NegaraKu

Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957. Tune asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan, sebuah lagu yang popular pada masa tu (the state anthem of Perak). Pada masa tu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai. Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil composer terkenal. Composeryang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia.

Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan.

Sebenarnya, tune lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moonberasal dari island of Mahe di Seychelles. Tempat tinggal Sultan Perak satu masa dulu. French band selalu membuat persembahan dengan tune ni. Sejarahwan percaya lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger dengan mendapat idea daripada French Poet pada abad ke-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s