Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 | 31 August 2010

Tema – 1Malaysia Menjana Transformasi

Persoalannya, adakah tema ini bertepatan dan mampu dicapai? Apakah transformasi yang mampu dan mahu dijanakan? Mengucapkan lebih mudah dari mengotakan dan bak kata pepatah “Action is Better than Word”.

Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

Tema Hari Kemerdekaan begitu unik dan cantik sekali, namun pendekatan dan usaha bersama pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai penting bagi mereliasasikan tema tersebut. Kalau ditanya, mungkin ramai yang tidak mampu menjawab dengan betul apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia Menjana Tranformasi, termasuklah diri sendiri.

Continue reading

Advertisements

Berhentilah sebelum anda diberhentikan

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  2. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  3. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
    • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
    • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
    • Mendapat asma Continue reading
By Testingunderground Posted in New

Senarai Produk d_on9_store

Kunjungi d_on9_store terdapat banyak buku agama, komik, majalah islam, dan buku serta CD untuk kanak-kanak dan Ibadah Haji.

By Testingunderground Posted in New

Kesempurnaan Iman dan Kepentingan Ilmu – Ustaz Zahazan Mohamed

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

By Testingunderground Posted in New

Putihkan gigi secara semulajadi, jauhi fluoride…

Sebagaimana kita semua tahu, semua ubat gigi mengandungi fluoride iaitu suatu bahan kimia pemutih gigi dan pencegah gigi berlubang yang sangat toksik dan memberi kesan buruk kepada kesihatan kita, seperti menganggu sistem enzim, merosakkan sistem pertahanan badan, meningkatkan arthritis, dsb. Dari segi toksiknya, fluoride lebih bahaya daripada plumbum (lead) dan hanya kurang sedikit daripada arsenik, dan dalam tempoh jangka panjang ia berkumpul dalam tulang kita.

Sedikit fakta asas tentang ketoksikan fluoride seperti di bawah ini…

The Dangers of Fluoride and Fluoridation

by Michael Schachter M.D., F.A.C.A.M.

Approximately half of the United States’ drinking water supply is fluoridated in an attempt to reduce dental cavities in children. Is this state of affairs justified? Is it safe?

Most Americans are unaware of the dangers of ingesting fluoride. Most dentists, physicians and scientists are unaware of the dangers of fluoride and water fluoridation. According to a 1988 article in the prestigious Chemical and Engineering News, scientific voices of opposition to fluoridation have been suppressed, since 1950 when the U.S. Public Health Service first endorsed fluoridation. Power tactics including threats, ridicule and frank censorship aimed at scientists and clinicians knowledgeable about fluoridation have prevented the truth about fluoride to be disseminated to the science world as well as to the public. Whenever a public agency is charged with objectively evaluating the safety of a procedure while at the same time endorsing and recommending it, a serious conflict of interest is set up. This is exactly the position of the U.S. Public Health Service for the past 44 years. Continue reading

By Testingunderground Posted in Health

Coca-cola – Pencuci serbaguna

” Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke dan yang paling popular ialah Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang! Continue reading

By Testingunderground Posted in New

Jom Join STORMREADERS

AMARAN: Perniagaan ini adalah wajib jika anda mahukan kejayaan dunia dan akhirat!“Perniagaan Yang Menguntungkan Anda Dunia dan Akhirat !

Dengan Hanya Beberapa langkah sahaja Sahaja, Anda Kini Mampu Memulakan Perniagaan Dengan Pulangan Yang Lumayan & Menambah Nilai Diri Anda!

Dari Meja: Team StormReaders Penang, Zamadi Omar  & Hazly Harun
Perkara: Rahsia Untung Besar Perniagaan MLM StormReaders

Salam sejahtera,

Sukacita diumumkan kewujudan perniagaan MLM bernama StormReaders (Bukan Storm Riders!) yang merupakan sebuah program MLM yang 100% syariah compliant.

Perniagaan MLM StormReaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita dengar perniagaan MLM dilakukan untuk bahan-bahan ilmiah. Bukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu yang hasanah iaitu membina muslim elit.

Apa Yang Dijual di bawah StormReaders?

Itu yang menariknya…

Jawapannya- buku-buku di bawah Telaga Biru Sdn Bhd, Gelari Ilmu Sdn Bhd serta syarikat-syarikat daripada indonesia dan InsyaALLAH banyak lagi syarikat-syarikat akan bekerjasama untuk menjayakan perniagaan ini.

Dan kebanyakkan syarikat-syarikat kerjasama merupakan pengeluar buku-buku motivasi, keagaamaan, koleksi hadis & doa dan banyak lagi.

Antara Produk-Produk StormReaders Network

Buku-buku Keluaran

Continue reading

By Testingunderground Posted in New

ISLAM DI TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92).

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).

Continue reading

LAFAZ yang kita selalu lupakan dan dipercepatkan…..

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Sumber : abd rahman saleh <arahmans@heitech.com.my>

By Testingunderground Posted in New

Menjaga Solat

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Solat itu tiang agama!

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain. Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilat Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
o Kepentingan solat
o Kelebihan solat
o Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
o Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
o Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
o Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
o Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
o Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari. Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita. Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.

Perkongsian Tips oleh : Mohd Nordin Othman (FELDA)  [nordin.o@felda.net.my]
Radziah Binti Abd Talib (e-mel kiriman)
25 Februari 2010

By Testingunderground Posted in New

Syahid di jalan Allah

Kisah benar yang diterima kami. Untuk renungan kita bersama.

******************

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam

Sumber ohislam.com

By Testingunderground Posted in New

Kisah berpisahnya roh dari jasad

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, “Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, “Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin.” Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, “Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya.” Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, “Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?” Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, “Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?” Kataku, “Tunjukkan wahai Rasulullah!”

Rasulullah S.A.W berkata, “Engkaulah katakan!,” Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, “Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: “Aduhai anak!”

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: “Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab Aisyah r.a : “Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya.” Rasulullah S.A.W bertanya lagi, “Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?” Jawab Aisyah, “Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu.”

Continue reading

Gold and Silver

Emas dan perak sebagai matawang…matawang yg paling stabil..

Ikuti kebenaran mengenai hal ini..drp Sheikh Imran N. Hosein part 1- 8

“on9store” Kedai Buku Online Ku

Aku dah mendaftar sebagai ahli rakan pengedar Stormreader Network…dapat E-store atau kedai buku online atas nama d_on9 store..upline En. Zamadi Omar…berminat nak jadi ahli bolehlah menghubungi kami..Nak beli buku sila klik http://www.stormreaders.net/on9store

http://www.stormreaders.net/on9store

Waktu Imsak dan Berbuka P.Pinang

Chrome OS on USB

Just a few days ago, Google announced the release of the Chrome OS source code. Within less than 24 hours, the web was littered with disk images for running the new OS on virtual machines such as VMWare and VirtualBox. I even managed to put together my ownGoogle Chrome OS download in the form of a complete VirtualBox appliance. I’m pleased to announce that I’ve taken it a step further, and now you can easily try it on your own computer from a USB thumb drive.

Before You Get Started

Before you decide to download Chrome OS, there are probably a few things I should tell you about it. It is in the very early stages of development, so there is still a lot of stuff that doesn’t work. In fact, it may not work for you at all.

You should also be made aware that this operating system is very simplistic by design, as it is intended for use on netbook computers. By definition, a netbook is a small and inexpensive laptop intended for very casual use such as web browsing and simple office tasks. When you launch Chrome OS, pretty much all you get is a web browser. Don’t be surprised if you go through all this and say to yourself, “I did all that work just to log into a freakin’ browser?”

Continue reading

Blog berwajah baru

Penukaran theme atau muka/kulit/imej/wajah blog lama kepada yang baru..Menarik juga theme yg baru nie…

Theme yg lama

Theme baru