Tidur Siang

Kajian Tentang Tidur Siang (Islamik & Saintifik)

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah
satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu
kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan
dengannya.

Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah
satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.
Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang
hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari
sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari
untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari.
Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang
keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk
kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk
melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini,
berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu
siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari,
didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga,
tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke
atas negara-negara industri dan pasca-industri telah
mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang
berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya
kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka
untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini
pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:
‘Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker
Productivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk
tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia
untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini
disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a
secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang
menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony,
Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of
Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan
Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and
Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects
of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell
University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari
sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan
tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain,
Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari
adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu
jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’
Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya
merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas
produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

By Administrator Posted in New

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s