Tidur mengiring kekanan

by DRS. KHALIL IDHAM LIM
18 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Advertisements
By Testingunderground Posted in New

Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)

By Testingunderground Posted in New

Daun Stevia – Pemanis semulajadi

APA ITU STEVIA?
Stevia Rebaudiana merupakan spesis pokok herba daripada keluarga bunga matahari dan sangat sesuai sebagai penghias penutup bumi. Pokok stevia berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana kemanisannya yang setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Pokok stevia matang menghasilkan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah dan pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Rasa manis pada daun stevia disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200˚C dan mempunyai     nilai pH yang stabil .

KEGUNAAN STEVIA
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Daun stevia yang telah dikeringkan ini digunakan untuk memaniskan minuman dan bahan tambahan perasa dalam masakan. Selain dari itu, penduduk di Brazil menggunakan daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan merawat luka terbakar.

Rakyat di Jepun telah 20 tahun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. Hampir kesemua produk makanan keluaran Jepun seperti jeruk, minuman ringan, coklat dll menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis semulajadi bagi menggantikan gula pasir. Syarikat pengeluar Coca Cola juga kini telah menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan Sakarin untuk menghasilkan minuman tersebut.

Continue reading

By Testingunderground Posted in New Tagged

Tidur Siang

Kajian Tentang Tidur Siang (Islamik & Saintifik)

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah
satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu
kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan
dengannya.

Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah
satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.
Rasulullah ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang
hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari
sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari
untuk solat zohor.”

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari.
Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang
keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk
kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk
melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini,
berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu
siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari,
didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga,
tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke
atas negara-negara industri dan pasca-industri telah
mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang
berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya
kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka
untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini
pastinya meningkatkan produktiviti.” (Napping News:
‘Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker
Productivity,’ from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk
tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia
untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini
disebutkan sebagai ‘a midafternoon quiescent phase’ atau ‘ a
secondary sleep gate.’ Di antara tokoh-tokoh yang
menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony,
Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku ‘The Art of
Napping at Work.’

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan
Roger J. Broughton di dalam buku mereka ‘Sleep and
Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects
of Napping.’ Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell
University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari
sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan
tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain,
Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari
adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu
jam. (Gail Benchener: ‘Parents and Sleep Deprivation,’
Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya
merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas
produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

By Testingunderground Posted in New

Mike Tyson menangis di Raudah

MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

(Gambar:TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.)

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. – Agensi

Sumber : Harakahdaily

By Testingunderground Posted in New

Can’t Login Windows XP

Today, while diagnosing a computer system at my workplace, for Worms & Viruses, I was left locked out by the Operating System Windows XP. As my audit says, I diagnosed Windows for Virus and Worm, followed by, I installed a trial version of  Kaspersky Anti-virus system, which actually quarantined a lot of infected system files, like rundll32.exe, userinit.exe, winlogon.exe, notepad.exe, etc…Finally, it prompted to restart the  computer, and I was startled when Windows prompted Logon Password.

When I reviewed my audit log, I found that Kaspersky Antivirus, quarantined the Winlogon.exe & Userinit.exe, files which are mandatory for the Operating System to Logon. Finally, I manage to fix it working by replacing fresh copy of Unserinit.exe from the Windows XP CD to the Windows Directory. Here is a procedure below:

  • Insert Windows XP Bootable Disk in to CD Drive.
  • Boot the computer from the CD, and run windows XP setup.

  • On the Startup System press R to enter Recovery Console.

  • On the recovery console screen, enter the administrator password (if any) else simply press enter to continue.
  • Next, type the following,

–> D: (Press Enter), where D is the CD ROM Drive letter.

–> CD I386 (Press Enter)

–> EXPAND USERINIT.EXE C:WINDOWSSYSTEM32 (Press Enter)

–> EXIT

  • Restart the computer and remove the Windows XP CD ROM from the CD Drive.
By Testingunderground Posted in New

Removal of Trojan Generic Worm NEERIS.K

Virus vulnerabilities has become a major issue in corporates, home, etc… A similar instance happened with me, last working hour at workplace. I was lucky, as I got up with its removal in few of minutes left.

A very common trojan generic cum worm, which drops itself in your hard disk, and runs in silent mode and keeps on spreading by network flooding, eating up memory, hacks data, passwords, contacts etc…

This Virus is actually a memory eating worm, which spreads via Network Shares, Flash Storage Media, Visiting Malicious Websites etc…The technical Details and the Removal Method is mentioned below.

Threat Details

  • File Size: 850Kb
  • Infects 9x,NT,XP,Vista
  • By passing Firewall on TCP 445 port
  • It deletes itself after executing
  • File Name: folder64.exe, wmisym.exe,sysdrv32.sys

Removal Method

  • Boot your computer in Safe Mode, by pressing F8 after the POST Screen (First Screen when you power your machine).
  • After booting in Safe Mode, browse to “C:WindowsSystem”, find and permanently delete “WMISYM.exe”. It is a hidden file, make sure you have Set to view hidden files in Folder from Folder options.
  • Next, navigate to “C:WindowsSystem32Drivers”, find and permanently delete “SYSDRV32.sys”.
  • After deleting the files, open registry editor. (By typing regedit in Run Command Box). Make sure you create a backup before editing registry.
  • Navigate to following Keys and Simply Delete them.

# HKEY_LOCAL_MACHINESYSTEMCurrentControlSetServicesWMISYMD

# HKEY_LOCAL_MACHINESYSTEMCurrentControlSetServicesSharedAccess

ParametersFirewallPolicyStandardProfileAuthorizedApplicationsList

%Windows%systemwmisym.exe = “%Windows%systemwmisym.exe:*:Microsoft Enabled”

  • Now, Exit registry editor and Restart your computer in Normal Mode.

Any query, feedbacks,comments will meet us in appreciation.

By Testingunderground Posted in New

Windows Log on and Log off immediately.

Author: Nirmal Sharma MVP

SUMMARY

Windows Log on and Log off immediately

SYMPTOMS

You may face this problem when logging on to Windows. When you type user name and password you are again presented with User name and Password dialogue box. You try hard to get in but to no avail.

CAUSE

You may not be able to log on to system using either Normal Mode or Safe Mode. This occur only when Winlogon service tries to load the Windows default shell (explorer.exe) and user shell (userinit.exe) from registry. This service searches for Explorer.exe and Userinit.exe in the following path of registry:

HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon
Back to the top

RESOLUTION

Edit these values and type the correct path of shell :

Shell = explorer.exe
Userinit=X:\windows\system32\userinit.exe

NOTE: These files may also be deleted by spywares. You may need to extract them using Windows CD.

Steps for rectifying this problem:

  • Log on to a networked computer.
  • Run Regedit.exe
  • Point your cursor to HKEY_LOCAL_MACHINE
  • Select File > Connect Remote Registry
  • Type computer name (infected computer)
  • Navigate to the following location in registry of destination or infected computer

HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

  • Edit these two values in right pane:

Shell
Userinit

  • Change these two values to

Shell=explorer.exe
Userinit = x:\windows\system32\userinit.exe

  • Exit from Registry
  • Restart Infected computer.
  • You should be able to log on to computer.
By Testingunderground Posted in New

Asal-Usul Rokok

Dari sudut sejarah merokok, ia boleh disingkap sehingga 4000 tahun dahulu. Para saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau. Kemudiannya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492. Tabiat merokok berkembang pesat di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880.

Bagi dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia belum pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan sogokan Barat yang menjajah mereka. Pada hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan-iklan media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat merokok, suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak remaja kita tidak kira lelaki mahupun perempuan dewasa ini.

Kemudaratan
Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri. Continue reading

By Testingunderground Posted in New

MIHUN JIJIK..

Lagi penemuan kilang mihun berhampiran kandang babi…yang peliknya kebanyakkan pekerja melayu yang berada disana seolah-olah tidak menghiraukan persoalan kesucian produk yang mungkin dibeli oleh saudara seISLAM…hilangnya kasih sayang kepada saudara semuslim..apakah tergamak mereka melihat saudara seISLAM mereka diperlakukan sedemikian?? Mungkinkah merreka bimbang kehilangan sumber pendapatan??? apakah pendapatan itu lebih besar nilainya dibandingkan melihat saudara seISLAM menjamah makanan yang diragui halalnya…Hilangnya sensitiviti umat Islam di dalam ISU ini samalah sebagaimana hilangnya sensitiviti umat Islam ke atas nasib saudara seISLAM di Palestin…mereka sanggup mengguna, makan, menjamah dan membantu menjadi ejen mempromosikan produk yang secara terangan menyokong kepada penindasan saudara kita di bumi Palestin..seolah-olah kita bisa mati jika meninggalkan produk-produk ini. Selagi mana sikap ini masih ada dalam jiwa umat yang mengaku sebagai Islam, maka bermaharajalelalah golongan-golongan ini..

Sumber :  hpa4muslim

By Testingunderground Posted in New