Belajar main Forex

Alhamdulillah…

Dalam masa 2 minggu sehingga ke tarikh ini aku cuba untuk belajar main forex, setelah melihat kawan2 bermain timbul minat dihati untuk menceburi bidang ini… maka aku pun bertanya kepada kawan sekerja camner nak main dan join forex nie. Maka kawanku yang juga cikgu dalam bidang nie suruh aku masuk blog dia streetforex sambil dia brief sikit  cara2nya…Mula-mula aku begong dan terpegun juga sebab mereka asyik dok tengok graf turun naik nilai matawang tak boring ke …tetapi setelah ditunjuk profit yang diperolehi pada ketika itu..mula rasa tak senang duduk…panas punggung…Maka timbul hasrat yang membara dalam hati untuk menpelajarinya…Kata sifu Razif “Meh la join  kelas aku untuk mendapat info lebih lanjut kalau berminat”. Memang aku berminat tapi aku minat nak invest je suruh dia handle sebab aku tak der masa…tapi katanya lagi “Hang manage sendiri akaun hang lagi best”.

Selang berberapa hari..aku pun selidik sedikit lantar belakang forex juga halal dan haramnyer sebab takut makan riba lak nanti…jenuh lak nak menanggung dosa….Setakat yang aku tau forex jenis spot (beli matawang pada pembukaan forex dan jual pada penutupnya dan peroleh untung atau rugi dalam masa 24 hour) dan risikonya tinggi disamping tiada sama sekali jaminan akan untung sepanjang masa. Maka main forex jenis ini halal…Oleh kerana cara main forex nie cara spot maka halal la, so…aku pun nak main….

Tanpa berlengahkan masa aku terus download client forex….banyak jenis client forex yang ada kat internet tetapi aku memilih sama seperti kawan yg lain main iaitu Lite Forex…dan seterusnyer mendaftar lalu mencuba demonya  dahulu..Mulanya aku ingat demo nie hanya tipu sahaja tetapi sebenarnya graf yang dipaparkan sama seperti apa yang sebenarnya berlaku dipapan forex trading (real time) cuma dlm demo fake money usd digunakan. Pemilihan nisbah 1:200 dan jumlah usd yang aku main hanya 3000.

Selama 2 minggu mencuba dan mengalami kerugian demi kerugian sehinggalah pada saat ini…Alhamdulillah…aku rasa telah berjaya memahami cara untuk bermain sedikit sebanyak …tambahan lagi dengan pertolongan automated trading   (EA – Expert Advisors) atau boleh dipanggil robot atau bot yang menjalankan aktiviti secara automatik jual beli matawang..Inilah hasilnya apabila telah berhempas pulas selama 2 minggu….

tradinghistory

Gambar diatas : -Inilah history akaun aku sebelum ini…..

Belajar Forex

Hehe..tgklah semua matawang aku balun trade…

profit

Gambar ini tunjuk aku nyer keuntungan hari nie….gambar bawah nie aku besarkan

profit1

Alangkah baiknya kalau ini menjadi kenyataan…Tapi aku tetap kena ikut kelas Razif untuk perkemaskan lagi  info  dan dpt direct ilmu drp. sifu sendiri….Insya-Allah

3 comments on “Belajar main Forex

  1. In fact it was great to stop by your excellent and informative work. thanks for the information. If you have time, please visit me And tell me your opinion. Thanks.
    Good luck

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s