Fenomena matahari di atas Kaabah

Menurut ilmu hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku dua kali setahun. Iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Arah kiblat yang tepat boleh juga diperolehi apabila berlaku peristiwa ‘istiwa utama matahari di Kaabah’. Istiwa utama (istiwa a’dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Ia berlaku apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.

Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam
setahun. Kita boleh memanfaatkan fenomena alam dari kuasa Allah ini dengan menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Rajah 1 : Fenomena istiwa matahari di Kaabah
Justeru, rebutlah peluang menentukan arah kiblat di tempat anda (masjid, surau, rumah, pejabat, hotel, resort, tanah kubur dan lain-lain bangunan) pada tarikh dan masa sepertimana yang dinyatakan di atas. Penentuan arah kiblat boleh dilakukan seperti berikut:
1) Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.
2) Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan
menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.
3) Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran
matahari.

Rajah 2 : Penggunaan bayang menentukan arah kiblat

Tepat pada masanya pada 28 Mei 2009 jam 5.16 petang atau 16 Julai 2009 jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak yg dipacak adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan. Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu (sumber R&D JAKIM).

Semoga kita semua dapat melakukan ibadah dengan yakin lagi soheh. Selamat melepaskan diri dari taklid buta. Katakan tidak kepadanya. Bersama kembali pada Yang Satu. Satu Allah, Satu Arah. Satu Akidah. Bersatu ke Jannah. Barakallahu fikum. Wa syukran

Menurut ilmu hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku dua kali setahun. Iaitu pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Arah kiblat yang tepat boleh juga diperolehi apabila berlaku peristiwa ‘istiwa utama matahari di Kaabah’. Istiwa utama (istiwa a’dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Ia berlaku apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.

Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam
setahun. Kita boleh memanfaatkan fenomena alam dari kuasa Allah ini dengan menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s