H1N1 dan Micheal Jackson: Suatu Iktibar

https://i0.wp.com/www.imbrandon.com/wp-content/uploads/2009/06/michael-jackson.jpg

1. Dunia kini digamatkan dengan penularan wabak Selesema Babi yang kemudiannya disebut sebagai Influeza A [ H1N1 ] . Kepantasannya menular ke seluruh dunia sama deras dengan berita kematian Micheal Jackson yang juga meletakkan suasana dunia menjadi gamat seketika.

2. Negara kita tidak terkecuali menerima kesan dari keduanya [ H1N1 dan Mitos Micheal Jackson ] beberapa buah sekolah terpaksa ditutup dan pelajarnya dikuarantin. Angka yang disyaki menerima jangkitan virus merbahaya ini semakin meningkat.

3. Masyarakat sebahagiannya menjadi panik menerima ancaman virus ini, sama tahap dengan histeria yang berlaku kepada peminat Micheal Jackson sejurus mereka mendengar berita kematian bintang pujaan mereka.

4. Segala aktiviti tergendala, malah menimbulkan rasa resah dikalangan rakyat terhadap penularan wabak berjangkit ini . Namun usaha yg diambil tidak serius dan berkesan dari pihak berwajib selain hanya menyabarkan rakyat agar jangan panik . Biarpun WHO telah mengarahkan langkah tindak yang tegas dan serius.

5. Mungkin pihak berwajib telah bertindak , namun belum meyakinkan masyarakat lantaran peningkatan angka mereka yang dijangkiti virus tersebut. Suka atau tidak , kerajaan mesti menggandakan usaha mereka agar rakyat dan negara benar – benar selamat . Serentak itu , saya mencadangkan agar kerajaan mengarahkan seluruh masjid mengadakan solat hajat agar Allah swt menyelamatkan negara kita.

6. Cuma saya tidak yakin sejauh mana keupayaan kerajaan Malaysia hari ini tergerak hati untuk mengambil pendekatan spiritual ini dengan munajat dan solat hajat disamping usaha dan ikhtiar membendung serta mendidik rakyat agar selamat dari penularan virus H1N1.

7. Sebab saya mempunyai pengalaman bagaimana kerajaan menganjurkan tahlil dan bacaan Yassin apabila negara dilanda Tsunami sekaligus membuatkan Malaysia menjadi sunyi menjelang tahun baru tanpa sebarang band dan konsert . Malangnya suasana itu hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja dan kemudiannya negara kembali kepada asal dengan galak merenyamnya muzik dan pesta seolah – olah tsunami tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku lagi.

8. Sedar dan insafnya orang kita ini hanya hangat – hangat tahi orang. Lihatlah sahaja hari ini, dalam keadaan negara dilanda penyakit H1N1 dan angka mereka yang dijangkiti terus meningkat, negara kita tidak langsung menunjukkan rasa insaf dan ingin kembali kepada Allah swt. Sebaliknya sempena dengan kematian Micheal Jackson, mereka kembali menayangkan video – video klip Micheal Jackson dan mengangkat Micheal Jackson sebagai pujaan yang ditangisi pemergiaannya sehingga ada yang histeria lantaran gagal menahan perasaan.

9. Mengenang orang mati bukan begitu caranya. Tambahan pula ada pandangan mengatakan Micheal Jackson ini telah memeluk ajaran Islam sebelum mati. Abangnya Jeremi Jackson sempat mendoakan agar Allah merahmati ruh Micheal Jackson.

10. Maksud saya , hadhirkanlah rasa insaf betapa kita manusia yang lemah tidak mampu untuk mengelak diri dari musibah seperti penularan wabak H1N1, juga insaf betapa kita biarpun hebat dan ternama dipuja serata dunia tetap akan mati menemui Allah swt. Insaflah betapa Allah swt adalah Tuhan yang Maha berkuasa dan kepadaNya lah kita semua akan kembali.

By Nasrudin Hassan at Tantawi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s