Sabily 9.04 (Taibah) Adalah Transformasi UbuntuME

Ubuntu Muslim Edition adalah salah satu distro Linux yang ditujukan khas untuk pengguna beragama Islam, yang mana didatangkan dengan pelbagai aplikasi khas untuk seorang muslim. Terkini, mereka telah menukar nama distro tersebut daripada Ubuntu Muslim Edition kepada Sabily.

Sabily
Skrin Log Masuk Sabily 9.04

Bersama-sama dengan penjenamaan semula ini, mereka melepaskan versi terkini distro mereka yang berasaskan Jaunty Jackalope, iaitu Sabily 9.04 Taibah. Sabily membawa maksud “Cara Saya” [Ayat 108, Surah Yusuf]. Menariknya, kali ini Sabily didatangkan dalam tiga bentuk yang berbeza, berbanding sebelumnya yang sering didatangkan dalam bentuk fail DVD.

Untuk kali ini, Sabily didatangkan dalam bentuk ISO 935 MB yang mengandungi komponen-komponen penting, versi penuh 1.4 GB yang mengandungi sokongan kepada multimedia dan aplikasi pembelajaran, dan juga versi 2.8 GB yang didatangkan dengan pembacaan Quran secara tanpa talian. Selain itu, terdapat juga versi 184 MB yang mana mengandungi beberapa komponen dan aplikasi yang diperlukan untuk menukarkan pemasangan Ubuntu 9.04 kepada Sabily.

Melalui versi terkini, Sabily 9.04 [Taibah] membawakan beberapa fungsi dan aplikasi baru seperti:

  • Kalendar Hijrah melalui aplikasi Hijra yang baru.
  • Pelayar Quran lengkap – mus-haf Othman.
  • Rekabentuk grafik, tema, wallpaper, dan Usplash yang serba baru.
  • Desktop dengan penterjemahan 100% kedalam bahasa Arab.
  • Aplikasi waktu solat yang popular – Minbar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s