Cara penyediaan tanaman hidroponik

Cara-cara penanaman hidroponik mengikut teknik yang betul di ketengahkan di sini. Buat yang ingin mencuba bolehlah beli satu Set Hidroponik sekarang dan cuba sendiri!!

CARA-CARA PENANAMAN HIDROPONIK DENGAN SET HIDROPONIK

tuang-air-dalam-takung-320x200

1. Tuangkan 20 liter air ke dalam takung hidroponik (paras air kira-kira 1 inci dari atas takung)

step-2-320x200

2. Tutup takung dengan penutup polisterin

gumpalkan-benang-320x200buat-sumbu-1-inci-320x200pastikan-lubang-bakul-media-tutup-320x200

3. Potong Benang media dan gumpalkan (lihat gambar) dan masukkan ke dalam setiap bakul media dan tarik untuk membuat sumbu(lihat gambar). Pastikan lubang bakul media tertutup sepenuhnya (lihat gambar).

step-3-320x200 step-4-320x200

4. Rendam kesemua bakul media di dalam air paip (lihat gambar). Kemudian letakkan kelapan-lapan bakul media pada lubang polisterin.

semai-benih-320x200

5. Semaikan tiga biji benih ke dalam tiap-tiap bakul media. Oleh kerana jangka masa matang adalah berlainan, hanya satu jenis benih bagi setiap takung.

3547998820_d546df79cf

6. Masukkan air ke dalam bekas dengan kira-kira 20 cawan penyukat

3547190391_255baa92f2

7. Keluarkan semua baja dan baja cecair dan masukkan ke dalam satu bekas

3547999232_86cb0b016a

8. Gaulkan kesemua baja dan air sehingga rata

3547999456_8f9fbbc259

9. Masukkan 2 cawan baja cecair tersebut ke dalam setiap takung hidroponik

3547191667_97fc88a25c

10. Gaulkan bancuhan air baja hidroponik di dalam takung hidroponik

3547191791_b197fb19fe

11. Tutup baki bancuhan baja hidroponik dan simpan di tempat yang tertutup untuk kegunaan seterusnya.

100_2328-320x200

Pada hari ke-7, cabutkan satu daripada benih yang telah bercambah dan biarkan dua tumbuhan bagi setiap bakul.

* Baja Hidroponik boleh digunakan untuk 10 kali tanaman, cukup untuk 10 takung hidroponik.