Reset password Windows 7

Manusia tak lari dari sifat lupa yang acap kali terjadi dalam kehidupan seharian. Kali ini aku nak bincang tentang kejadian lupa kata laluan untuk komputer atau laptop kesayangan korang tu. Kalau dah lupa kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem windows, bagaimana korang nak gunakan komputer dan online bersama kawan-kawan kan?

Jika pada windows XP dahulu kalau terlupa kata laluan pada akaun user, aku gunakan safe mode untuk terjah ke dalam komputer melalui akaun administrator yang sememangnya tidak diletakkan kata laluan. Tapi apabila aku lihat sistem safe mode pada windows 7 ini, akaun administrator tiada pula, hanya akaun user saja yang ada. Jadi bagaimana untuk aku masuk ke dalam sistem?  

Tutorial yang ingin aku ajar ini berkesan pada windows xp, windows vista, windows 7 dan seangkatan dengannya. Langkah pertama korang kena muat turun satu fail berformat ISO dan burnkan ke dalam CD. Kalau tak tahu cara burn fail ISO tersebut, sila google ye! Setelah siap burn CD tersebut, masukkannya ke dalam tempat CD dan restart komputer yang korang target itu. Oh ya, sebelum itu pastikan sistem boot pertama komputer disetkan kepada CD/DVD-ROM.

Setelah restart, komputer korang akan boot CD tersebut dan paparan berikut akan muncul.

Tekan enter dan ia akan memaparkan partition yang ada dalam  komputer. Korang dikehendaki memilih partition di mana windows diinstall. Secara defaultnya windows diinstall dalam partition pertama iaitu pada menu yang tertulis BOOT. Tekan nombor partition tersebut iaitu nombor 1 dan enter.

Pada rajah di bawah pula korang hanya perlu tekan enter untuk masuk ke sistem registry default windows.

Kini korang dikehendaki untuk memilih pilihan pertama iaitu ‘password reset’ dengan menekan nombor1 dan enter.

Pilih pilihan pertama untuk edit user data dan password dengan menekan nombor 1 sekali lagi dan enter.

Sistem akan menunjukkan semua akaun administrator atau user yang berdaftar dalam sistem windows dan korang dikehendaki menulis username akaun yang hendak dibuang kata laluan tersebut dan tekan enter.

Pada menu seterusnya pada rajah di atas, korang boleh memilih sama ada untuk mengosongkan kata laluan atau pun edit kata laluan yang baru. Aku sarankan korang pilih nombor 1 dan tekan enter. Kemudian sistem akan menunjukkan kata laluan tersebut telah dikosongkan dan korang boleh taip tanda seru, ! untuk keluar ke menu sebelumnya.

Tekan huruf q (quit) untuk keluar ke paparan utama dan save setting yang korang ubah tadi dengan menekan huruf y (yes) pada paparan seterusnya. Kemudian keluarkan CD tersebut dan tekan Ctrl+Alt+Del untuk restart komputer. Lihat hasilnya. Tak faham apa yang aku ajar? Jom usha tutorial versi video pula.

Muat turun: CD080802.iso

Tengok je video nie kalau tak paham

Sumber :- http://syahirul.com/reset-windows-password/

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s